Harian Metro

SANTAI

-

Pahang memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain. Berikutan kedudukann­ya yang berhampira­n Laut China Selatan menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelanconga­n.

Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Sebenarnya banyak lagi destinasi pantai di daerah itu yang boleh diterokai untuk percutian bersama keluarga.

Antara destinasi pantai lain yang ideal untuk dikunjungi ialah Pantai Balok, kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Pantai Balok memiliki pemandanga­n indah yang pasti menimbulka­n rasa teruja dalam kalangan pengunjung.

Bagi penduduk tempatan, Pantai Balok adalah lokasi bersantai pada hujung minggu kerana keadaan pantainya yang nyaman, redup dan diteduhi pepohon ru. Malah lokasi ini juga sering dijadikan tempat rekreasi pada sebelah petang seperti berjoging kerana keadaan pantainya yang luas memanjang.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia