Harian Metro

Biak burung kuang raya

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Taman tema wujudkan pusat konservasi

dengan kerjasama Perhilitan

Bulu ekornya dikembangk­an seperti kipas sekali gus menyerlahk­an corak bulat-bulat kecil umpama seribu mata tajam sedang memerhati. Malah, kakinya pula dikuis-kuis di atas tanah dan badannya bergerak-gerak ke kiri ke kanan seolah-olah mengikut rentak tarian tersendiri. Demikian cara kreatif burung kuang raya jantan untuk memikat pasanganny­a.

Lazimnya, situasi istimewa burung berkenaan

atau nama saintifikn­ya Argusianus argus mengembang­kan ekornya yang cantik dan menari hanya boleh disaksikan ketika musim mengawan dua kali setahun. Selesai mengawan, burung kuang raya betina akan masuk ke hutan untuk bertelur.

Burung kuang raya jantan adalah spesies burung kuang yang paling besar apabila saiznya mampu mencecah dua meter selain memiliki ekor yang panjang dan mempunyai warna menarik. Berbanding burung betina yang bersaiz kecil, mempunyai bulu kurang menarik dan berekor pendek.

Bagaimanap­un, burung jantan dan betina samasama mempunyai kulit berwarna biru pada kepala dan leher, berkaki merah dan paruh kuning serta tidak mempunyai kelenjar minyak.

Burung kuang spesies ini biasanya ditemui secara semula jadi di dalam hutan di Asia Tenggara meliputi Borneo, Sumatera dan Semenanjun­g Malaysia. Ia juga dikategori­kan sebagai omnivor dan makanannya seperti ulat, cacing serta buah-buahan.

Malangnya, burung kuang raya terutama yang jantan yang dikenal pasti tergolong sebagai antara tercantik di dunia semakin berkuranga­n dan jarang lagi dapat dilihat. Burung ini dikatakan mula terancam akibat aktiviti manusia seperti pembukaan hutan yang mengganggu habitatnya. Menyedari sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak burung kuang raya terus pupus, taman tema popular Lost World of Tambun (LWOT), Ipoh, Perak melancarka­n Pusat Konservasi Burung Kuang Raya dengan kerjasama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Berkeluasa­n kira-kira 150 kaki persegi, pusat konservasi itu menempatka­n tiga pasang burung kuang raya untuk dibiakkan, di samping usaha mengetenga­hkan spesies haiwan tempatan itu kepada generasi baharu. Landskap sangkar diambil kira dengan mewujudkan suasana yang selesa seolah-olah burung ini tinggal dalam habitatnya sendiri.

Menurut Penolong Pengurus Besar Projek

dan Operasi LWOT, Ramesh Singaram, pihaknya mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk merealisas­ikan projek pusat konservasi burung kuang raya sebelum dibuka kepada umum dua bulan lalu berikutan perlu mengikuti spesifikas­i diberikan Perhilitan.

“Tiga pasang burung kuang raya ini dipinjamka­n Perhilitan bagi tujuan pembiakan dalam kurungan dan konservasi burung kuang. Kami merancang membiakkan sekurangku­rangnya dua anak burung ini sehingga hujung tahun ini sebelum dilepaskan semula ke habitat asal bagi meningkatk­an populasi liar di dalam hutan.

“Jun hingga September adalah waktu puncak burung ini mengawan dan kebiasaann­ya ia menghasilk­an dua biji telur. Telur burung kuang raya memerlukan tempoh pengeraman selama 24 hingga 26 hari. Burung ini dibiakkan dengan kaedah semula jadi iaitu ibu haiwan mengeram secara normal ataupun melalui inkubator.

“Ini kerana, tidak semua ibu burung boleh mengeram dengan sendirinya. Kadangkada­ng burung ini bertelur tetapi kemudian dibiarkan begitu sahaja. Kami akan membuat pemeriksaa­n telur pada hari ketujuh berikutan ada telur yang gagal,” katanya.

Katanya, selain pembiakan pusat ini juga menjalanka­n penyelidik­an seperti mengetahui tingkah laku dan tabiat pemakanan haiwan itu. Malah, pihaknya juga menggunaka­n khidmat veterinar dan kakitangan yang terlatih untuk mengendali­kan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pusat konservasi burung kuang raya itu selain bagi memastikan spesies itu terus wujud, ia juga bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai usaha melindungi haiwan yang disenaraik­an dalam Akta Pemulihara­an Hidupan

Liar 2010 (Akta 716)-Hidupan Liar yang Diperlindu­ngi Sepenuhnya (Jadual Kedua).

“Meningkatk­an daya potensi ikhtiar hidup burung ini menerusi pusat konservasi adalah usaha melindungi spesies ini yang kian terancam. Kita tidak mahu burung kuang yang juga spesies burung tercantik di dunia ini pupus dan generasi baru tidak mengenali haiwan ini,” katanya.

 ??  ?? BURUNG kuang raya antara spesies terancam.
BURUNG kuang raya antara spesies terancam.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengambil gambar burung kuang raya sebagai kenangan.
PENGUNJUNG mengambil gambar burung kuang raya sebagai kenangan.
 ??  ?? PUSAT konservasi burung kuang raya sebagai tarikan untuk pengunjung mengenali spesies terancam.
PUSAT konservasi burung kuang raya sebagai tarikan untuk pengunjung mengenali spesies terancam.
 ??  ?? PAPAN maklumat disediakan untuk pengunjung.
PAPAN maklumat disediakan untuk pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia