Harian Metro

Bangga takluk Gunung Santubong

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

11 ahli OTiM dan Hawau Hiker jayakan impian tambah

koleksi puncak didaki

Mitos puteri kayangan bernama Puteri Santubong yang disumpah ayahandany­a menjadi Gunung Santubong kerana bertelingk­ah dengan saudara kandung, Puteri Sejinjang, amat popular dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga menjadikan­nya antara destinasi pendakian.

Biarpun Gunung Santubong bukan gunung yang tertinggi di Sarawak, kisah legendanya yang diceritaka­n sejak turun temurun menjadikan gunung ini lebih terkenal berbanding gunung lain di negeri berkenaan. Ia terus menjadi satu lagi destinasi impian untuk menambah koleksi gunung didaki dalam kalangan pendaki.

Demi memenuhi minat dan pada masa sama ingin melengkapk­an senarai pendakian, 11 ahli kumpulan penggiat sukan lasak Outdoor Team Malaysia (OTiM) dan Hawau Hiker menyertai program mendaki Gunung Santubong, akhir Jun lalu.

Presiden OTiM, Suhairy Ismail berkata, program dianjurkan ini bukan saja menguji ketahanan semua peserta yang hampir dua bulan ‘bercuti’ daripada aktiviti mendaki kerana menghormat­i Ramadan dan meraikan Syawal, malah dapat membantu mengukuhka­n hubungan sesama mereka.

“Sudah lama kami merancang mendaki Gunung Santubong yang berketingg­ian 810 meter ini, tetapi ia sering terbatas kerana kekangan masa apatah lagi masing-masing bekerja selain faktor tempat tinggal berikutan ahli kami ada yang datang dari ibu negara, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Kami tidak berlengah apabila tanggal 28 hingga 30 Jun dipersetuj­ui semua ahli untuk merealisas­ikan impian mendaki ke gunung legenda berkenaan,” katanya.

Kumpulan itu memulakan pendakian melalui pintu masuk Bukit Puteri. Terdapat pondok yang menjaga trek pendakian berkenaan dan setiap peserta dikenakan bayaran RM10 seorang untuk permit masuk dan pendakian.

“Selepas mendaftar dan membuat bayaran masuk serta bacaan doa, pendakian Gunung Santubong bermula jam 4.50 pagi. Pendakian pada mulanya lebih kepada aktiviti berjalan apabila kami melalui denai yang landai dan melintasi jeram kecil.

“Perjalanan kami lancar berikutan trek disediakan dengan baik oleh pihak pengurusan. Pada setiap hentian tahap maksimum sebaik melepasi hentian F9 kerana laluan berbatu menegak sehingga 90 darjah terbentang di hadapan kami.

“Bagi meneruskan pendakian, kami perlu memanjat tangga. Sebanyak 12 tangga disediakan pada cerun yang ada kalanya mencecah 15 hingga 20 meter tinggi sehingga tiba di hentian terakhir F15.

“Atas faktor keselamata­n, hanya seorang pendaki dibenarkan memanjat tangga pada satu-satu masa. Jika ada pendaki lain yang mahu turun, kita dikehendak­i beri laluan kepada mereka,” katanya.

Suhairy berkata, kumpulanny­a tiba di puncak selepas kira-kira tiga jam pendakian dan keseluruha­nnya menganggap Gunung Santubong mempunyai tahap kesukaran pendakian yang agak tinggi.

Bagaimanap­un, mereka bangga dapat menakluk puncak gunung Santubong hasil semangat kerjasama dan saling memberi motivasi antara satu sama lain. Kumpulan berkenaan berehat selama satu jam setengah untuk bergambar dan menikmati pemandanga­n Sungai Santubong dari puncak sebelum turun jam 9.30 pagi.

“Selepas aktiviti mendaki, kami juga tidak melepaskan peluang melawat Taman Negara Bako yang juga pulau yang kaya dengan tunggul batu unik yang terserlah di permukaan laut,” katanya.

 ??  ?? TIDAK lepas peluang mengunjung­i Taman Negara Bako dengan menaiki bot.
DAKI tangga pada ketinggian 90 darjah.
TIDAK lepas peluang mengunjung­i Taman Negara Bako dengan menaiki bot. DAKI tangga pada ketinggian 90 darjah.
 ??  ?? KUMPULAN OTiM dan Hawau Hiker mengabadik­an kenangan di puncak Gunung Santubong selepas tiga jam mendaki. SEORANG peserta mengibar Jalur Gemilang berlatar belakang Sungai Santubong.
KUMPULAN OTiM dan Hawau Hiker mengabadik­an kenangan di puncak Gunung Santubong selepas tiga jam mendaki. SEORANG peserta mengibar Jalur Gemilang berlatar belakang Sungai Santubong.
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA berehat sambil bergambar di puncak gunung.
PESERTA berehat sambil bergambar di puncak gunung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia