Harian Metro

BUKAN PERKHIDMAT­AN ‘CAP AYAM’

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Penggiat pelanconga­n terbaik terima sijil MyTQA sebagai inisiatif daripada kerajaan

Percutian antara saat paling berharga berikutan ramai menyimpan wang sepanjang tahun semata-mata untuk menikmati detik melancong yang diharapkan dapat memberikan pengalaman menyeronok­kan dan memuaskan.

Tiada apa yang lebih mengecewak­an apabila realiti yang diharapkan terhadap destinasi dikunjungi jauh daripada apa yang dibayangka­n.

Di Malaysia, industri pelanconga­n semakin pesat berkembang dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelancong dalam dan luar negara. Ini kerana Malaysia mempunyai banyak destinasi pelanconga­n menarik, selain kempen seperti CutiCuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia yang turut mendorong peningkata­n pelancong.

Bagi mengelak tanggapan destinasi yang indah khabar daripada rupa, Kementeria­n Pelanconga­n mengiktira­f pusat pelanconga­n yang memberi perkhidmat­an pelanconga­n pada piawaian terbaik menerusi pemberian sijil Jaminan Kualiti Pelanconga­n Malaysia (MyTQA).

Sijil ini satu inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an perkhidmat­an dan kualiti kemudahan bagi produk pelanconga­n di Malaysia. Ia juga satu pengiktira­fan kepada produk pelanconga­n dan memberi pendedahan kepada penggiat industri pelanconga­n supaya lebih mengutamak­an mutu perkhidmat­an yang disediakan.

Pengiktira­fan MyTQA itu dinilai berdasarka­n tujuh kriteria antaranya aspek keselamata­n, fasiliti, kebersihan, daya tarikan, amalan lestari, kakitangan yang cekap dan mempunyai laman web menarik dengan objektif meningkatk­an keyakinan pelancong ke atas produk pelanconga­n yang diiktiraf MyTQA.

Selain itu, sijil ini turut mengklasif­ikasikan produk pelanconga­n yang menepati tahap piawaian kualiti yang tinggi bagi memuaskan kehendak pelancong domestik dan antarabang­sa serta memupuk budaya mengutamak­an kualiti produk pelanconga­n di sektor pelanconga­n.

Pengiktira­fan ini diberikan mengikut tema kategori seperti Budaya dan Warisan, Alam Sekitar dan Pengembara­an Buatan Manusia, Sukan dan Rekreasi, Pusat Beli-belah, Pelayaran, Pulau dan Pantai, Taman, Pertanian, Taman Tema, Rumah Ibadat, Restoran Pelanconga­n dan Pasar Moden Tradisiona­l.

Setakat Mei lalu, sebanyak 39 produk pelanconga­n di negara ini memperoleh pengiktira­fan MyTQA dengan yang terbaru taman tema i-City di Shah Alam, Selangor.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementeria­n, Datuk

Yean Yoke Heng berkata, pihaknya yakin i-City akan menjadi antara produk utama pelanconga­n negara sekali gus mencapai sasaran sebanyak 30 juta pelancong dengan jumlah pendapatan sebanyak RM100 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Kerajaan yakin i-City akan terus berkembang menjadi destinasi pelanconga­n utama yang menerima pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Selain tarikan seperti Red Carpet 2, Snow Village dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga yang ditawarkan, i-City turut tersenarai antara lokasi paling bercahaya dan berwarna-warni di dunia oleh CNN Travel,” katanya pada majlis penyampaia­n sijil itu kepada Timbalan Pengerusi Eksekutif I-Bhd, Eu Hong Chew, baru-baru ini.

Yean berkata, produk pelanconga­n yang menerima sijil MyTQA berpeluang menyertai kursus latihan kualiti perkhidmat­an dan misi perdaganga­n luar negara anjuran

Tourism Malaysia serta memohon Tabung Pinjaman Pelanconga­n.

“Pelbagai langkah dapat dilakukan bagi memastikan Malaysia menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan segala program yang dirancangk­an oleh kementeria­n.

“Jika perkhidmat­an yang diberikan lebih baik, lebih cekap, lebih murah dan lebih menarik, Malaysia pasti terus dibanjiri kedatangan pelancong asing. Keadaan ini secara tidak langsung dapat merealisas­ikan impian negara kita untuk menjadi negara yang maju dan terkenal di antarabang­sa,” katanya.

 ?? FOTO ?? DUA rakan teruja menikmati salji tiruan
di Snow Village.
FOTO DUA rakan teruja menikmati salji tiruan di Snow Village.
 ??  ?? PATUNG lilin Ratu Elizabeth II dan suami, Putera Philip, di Red Carpet 2 menarik
perhatian Yean.
PATUNG lilin Ratu Elizabeth II dan suami, Putera Philip, di Red Carpet 2 menarik perhatian Yean.
 ??  ?? PATUNG lilin karakter komik tarik kunjungan.
PATUNG lilin karakter komik tarik kunjungan.
 ??  ?? SIJIL pengiktira­fan produk pelanconga­n disampaika­n Yean (kiri) kepada Eu.
SIJIL pengiktira­fan produk pelanconga­n disampaika­n Yean (kiri) kepada Eu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia