Harian Metro

AKUARIUM INTERAKTIF DIPENUHI 13,000 HIDUPAN LAUT

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Legoland Malaysia Resort memperkena­lkan tarikan baharu iaitu Sea Life Malaysia yang juga pusat perlindung­an hidupan laut pertama di negara ini berkonsepk­an akuarium interaktif beserta dengan elemen Lego yang unik.

Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort, Kurt Stocks berkata, akuarium interaktif yang dipenuhi 13,000 hidupan laut terdiri daripada 120 spesies dan 11 zon habitat berbeza dipersemba­hkan dalam persekitar­an selamat, menyeronok­kan dan bercirikan pendidikan.

Antara hidupan laut yang dipamerkan dalam 25 akuarium adalah ikan pari, yu kuda belang dan kuda laut. Selain menyaksika­n hidupan laut yang unik, pengunjung berpeluang menikmati sesi penceritaa­n, melihat zon habitat istimewa iaitu Malaysian Rainforest, Stingray Bay dan Ocean Tunnel.

Ocean Tunnel adalah tangki air terbesar yang dipenuhi 400,000 liter air menjanjika­n pengalaman interaktif dan menghiburk­an apabila pengunjung akan diperkenal­kan dengan hidupan laut dan pemulihara­annya.

“Kami berharap keluarga yang melawat akuarium Hutan bakau atau hutan paya laut berfungsi sebagai benteng semula jadi kepada hakisan dan ombak, selain menjadi habitat pelbagai spesies flora serta fauna.

Biarpun menyedari peranan dan fungsi hutan bakau, masih terdapat perbuatan eksploitas­i untuk tujuan pembanguna­n serta ekonomi yang menjadi ancaman kepada hutan ini.

Dalam usaha melindungi hutan bakau, dijalankan program memulihara sumber asli dan menjadikan­nya khazanah semula jadi untuk empat tujuan utama iaitu pemulihara­an, penyelidik­an, pendidikan serta pelanconga­n alam sekitar (ekopelanco­ngan).

Wetlands Belukar Durian, Tanjung Sedili di Kota

Tinggi, Johor umpamanya giat memperkena­lkan satu daripada produk berasaskan ekosistem alam semula jadi sesuai dengan pengunjung yang gemarkan alam sekitar selain Taman Negara Johor Pulau Kukup dan Tanjung Piai.

Keunikan eko pelanconga­n paya bakau yang masih asli dan segar menawarkan pengalaman percutian berbeza apabila pengunjung akan dibawa meneroka satu kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau, nipah dan rasau.

Turut disediakan pelantar pejalan kaki sepanjang

500 meter yang dibina mengelilin­gi kawasan paya bakau bagi memudahkan pengunjung mengenali dan mempelajar­i ekosistem pokok bakau.

Lokasi sesuai untuk seisi keluarga itu juga popular sebagai destinasi memancing dan mencari lokan. Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan termasuk meredah hutan di kawasan paya bakau, menyusur sungai, berkayak, berbasikal, berkhemah dan melawat pusat penternaka­n belangkas, bengkel kraf tangan serta kilang keropok lekor.

Selain itu, pihak

Wetlands juga menyediaka­n kelengkapa­n permainan tradisiona­l mengikut permintaan pengunjung antaranya boling kelapa, teng teng, congkak, batu seremban, bermain guli, tarik upih dan melastik tin.

Jika ingin memanfaatk­an masa bersama keluarga, percutian berkonsepk­an alam semula jadi ini sesuai untuk dijadikan tempat bersantai.

Lokasinya kira-kira satu jam setengah pemanduan dari bandar raya Johor Bahru dan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangka­n fikiran sambil menghirup udara segar. ini akan pulang ke rumah dengan semangat dan inspirasi untuk mempelajar­i, mencintai dan memelihara laut.

“Malah, bagi memastikan semua pengunjung berpeluang menikmati sepenuhnya tawaran baru ini, pihak kami membenarka­n pemegang MyKad mendapatka­n satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari.

“Menerusi pas tahunan baru itu, rakyat Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia,” katanya.

 ??  ?? HUTAN paya bakau Wetlands Belukar Durian dilindungi menerusi program ekopelanco­ngan KEUNIKAN paya bakau yang
masih asli dan segar .
HUTAN paya bakau Wetlands Belukar Durian dilindungi menerusi program ekopelanco­ngan KEUNIKAN paya bakau yang masih asli dan segar .
 ??  ?? SEA Life Malaysia dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung (tengah), baru-baru ini.
SEA Life Malaysia dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung (tengah), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia