Harian Metro

Sesama besan biar harmoni

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ada anggap tidak begitu penting sedangkan ia antara kunci utama keutuhan rumah

tangga

Membina sebuah keluarga bahagia bukan hanya terletak pada keutuhan cinta dan rasa kasih antara suami dan isteri malah ia membabitka­n lebih daripada itu terutama dalam mengikat hubungan mesra seluruh ahli keluarga yang lain.

Banyak kes perceraian dan konflik rumah tangga terjadi bukan disebabkan masalah pasangan itu sendiri namun berlaku atas faktor luaran terutama campur tangan ahli keluarga sendiri juga keluarga mentua.

Bukan mahu menyalahka­n manamana pihak namun realiti yang perlu dipandang serius dalam membina sebuah keluarga harmoni adalah keserasian serta penerimaan sepenuhnya antara kedua-dua keluarga.

Berkongsi pandangan mengenai topik hubungan keluarga mempengaru­hi keharmonia­n rumah tangga terutama ‘sesama besan’, kaunselor bertauliah, Zumasni Rajikin berkata, ramai orang terlepas pandang dan menganggap hubungan di antara besan dalam sesebuah keluarga itu tidak terlalu penting

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia