Harian Metro

BERAMAL TANPA NOKTAH

-

Sukarelawa­n tak kenal jemu, puas lihat senyuman di wajah penerima bantuan

“Syukur, semuanya dipermudah­kan dan apa yang saya hajati tercapai apabila diterima bekerja sebagai koordinato­r projek di Cinta Gaza Malaysia.

“Walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap dalam bidang ini, saya tetap mencari masa terluang untuk terbabit dalam aktiviti sukarelawa­n terutama selepas tamat bekerja atau ketika hujung minggu,” katanya.

Zahidah berkata, ramai individu sekeliling bertanya mengapa dirinya terlalu komited dalam bidang itu.

“Jawapan saya mudah, saya berasakan hidup lebih bermakna dan mempunyai tujuan apabila berada dalam bidang ini. Kegembiraa­n yang hadir dengan berbakti ini sukar digambarka­n.

“Hidup di dunia ini perlulah seiring antara menjaga hubungan baik dengan Tuhan dan sesama manusia. Ada hak dan tanggungja­wab yang perlu kita laksanakan sebagai hamba,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga sangat bersyukur kerana keluarga amat menyokong minat dan kerjayanya itu.

“Tentu saja ibu bapa saya menyokong malah mereka juga amat menggalakk­an. Saya juga gembira kerana rakan sukarelawa­n lain sentiasa meningkatk­an semangat saya untuk terus berbakti.

“Sepanjang 10 tahun berkhidmat dalam bidang ini,

 ??  ?? TEKAD teruskan usaha.
TEKAD teruskan usaha.
 ??  ?? SERONOK dengan apa yang dilakukan.
SERONOK dengan apa yang dilakukan.
 ??  ?? ZAHIDAH mahu terus berbakti dalam dunia kesukarela­wanan.
ZAHIDAH mahu terus berbakti dalam dunia kesukarela­wanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia