Harian Metro

USAH JADI MANGSA FESYEN

-

“Kulit wajah yang halus mulus dan bentuk badan menawan hanyalah bonus kerana apa yang lebih utama adalah kesihatan yang baik serta keperibadi­an yang terpuji. Kecantikan wanita itu lebih terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri sendiri, sentiasa berbuat baik sesama manusia dan jauhi sengketa. Kecantikan sebenar akan terpancar bermula daripada hati bersih dan fikiran yang tenang,” ujarnya.

Tambahnya, jangan malu dengan diri sendiri, walaupun usia sudah meningkat kerana kecantikan diri masih dapat diserlahka­n.

“Serlahkan keyakinan, lengkapkan penampilan dan jaga kesihatan diri. Tiga elemen itu dapat merangkumi maksud cantik yang sebenar apabila usia semakin meningkat.

“Namun, tidak salah untuk kekal bergaya kerana kini banyak fesyen menarik yang sesuai digayakan untuk mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas,” katanya.

Sebagai perunding imej, Aziemah menyaranka­n supaya setiap wanita untuk sentiasa berfikiran positif.

“Jaga penampilan diri dan sifat keperibadi­an kerana ia akan merangkumi maksud kecantikan sebenar. Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu meningkatk­an keyakinan diri sendiri.

“Ketahui cara membentuk imej positif di mana integriti dalaman dapat diserlahka­n melalui penampilan. Kita yang menentukan mesej apa yang ingin disampaika­n kepada orang lain melalui penampilan diri,” ujarnya.

TIP KEKAL CANTIK

Aziemah turut berkongsi tip untuk wanita kekal cantik walaupun sudah semakin berusia:

Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri

Tiada wanita yang dilahirkan tidak cantik, tidak kira apapun bentuk badan dan warna kulit anda. Sayangi, cintai, hargai diri dan fahami kekuatan atau kelebihan yang dimiliki.

Jangan membanding­kan diri dengan orang lain atau meniru apa yang orang lain ada

Membanding­kan dengan orang yang lebih baik dari kita sama ada kecantikan, kekayaan, status atau kejayaan anak-anak boleh membuatkan kita sedih. Sebenarnya di sebalik kelebihan seseorang itu, dia juga ada kekurangan dan masalah tersendiri. Boleh meniru orang lain, asalkan ia bersifat positif.

Berani menjadi diri sendiri

Bentuk imej positif dan bina personalit­i anggun. Orang kata, kalau pada umur 40 tahun masih tidak berubah, bermakna dia tidak akan berubah selamanya. Namun ia tidak tepat. Perubahan boleh berlaku pada sebarang umur walaupun selepas melangkau angka 50. Lakukan perubahan ke arah yang lebih positif sesuai dengan usia anda. Gunakan pengalaman dan pengetahua­n untuk menjadi insan yang lebih baik dan positif.

Mantapkan diri dengan ilmu

Individu berusia sering dipandang mempunyai banyak ilmu dan pengalaman. Memang benar. Namun kecantikan seseorang wanita itu akan lebih terserlah jika dia mempunyai ilmu. Jadi gunakan masa terluang

Jaga kesihatan

Ini aspek yang sangat penting. Kesihatan yang baik akan menampakka­n seseorang tampak lebih muda dan menyerlah. Luangkan masa untuk mula bersenam. Mulakan dengan berjalan di lorong depan rumah, kemudian tambah jaraknya apabila stamina sudah terbina.

Jika ada kawan, lebih baik kerana ia akan merangsang semangat anda untuk lebih kerap bersenam.

Bersederha­na

Ini sangat penting. Sama ada dalam berpakaian atau dandanan. Kenali bentuk badan anda dan dengan cara itu anda boleh memilih pakaian bersesuaia­n yang boleh menutup kekurangan diri.

Hargai perubahan yang berlaku pada diri

Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan walaupun jenama kecantikan di seluruh dunia berlumba-lumba menghasilk­an produk untuk menunda dan menghilang­kan tanda-tanda penuaan di wajah anda. Terima perubahan ini dengan hati dan minda terbuka. Selalu bersyukur kita diberi peluang untuk menikmati hidup hingga ke umur begini. Rasa syukur dan reda akan membuatkan seseorang itu tampak lebih ceria dan positif.

 ??  ?? BERSEDERHA­NA dalam
apa juga keadaan.
BERSEDERHA­NA dalam apa juga keadaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia