Harian Metro

KOLEKSI MUDAH DIBENTUK

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bertudung pada masa sama mengekalka­n prinsip patuh syariah seharusnya menjadi pegangan bukan saja kepada pelanggan wanita sebaliknya pengusaha fesyen Muslimah. Untuk itu tudung dihasilkan perlulah mempunyai saiz yang sesuai selain tidak jarang.

Tidak salah untuk tampil cantik namun ia perlulah selari dengan tuntutan syariah terutama apabila menyentuh mengenai aurat.

Seiring peredaran masa, Muslimah masa kini dilihat semakin bijak dalam berfesyen, tidak hanya tertumpu dengan menyarung tudung segera semata-mata, semakin ramai yang bijak mengatur gaya harian supaya tampil lebih anggun.

Menyentuh mengenai tudung, masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri. Ada yang selesa menyarung selendang dengan pelbagai gaya, tidak terkecuali ada juga wanita yang sukakan tudung segera yang sangat mudah dan pantas.

Walaupun semakin menghampir­i era 2020, masih ramai Muslimah dilihat memilih menggayaka­n tudung bawal yang dikatakan antara jenis tudung yang tidak lapuk dek zaman.

Ia juga dikatakan antara jenis tudung yang membuatkan pemakainya tampak lebih 'muda' daripada usia sebenar dan manis dipandang.

Mungkin atas faktor itu juga, ramai Muslimah dilihat yakin bergaya dengan tudung bawal mengikut cita rasa sendiri, sama ada gadis belasan tahun, penuntut di institusi pengajian tinggi, golongan ibu atau wanita berkerjaya kerana selain cantik ia juga mudah digayakan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Terbaharu, dalam memberi pilihan kepada penggemar tudung bawal dalam berfesyen, jenama Syaza Aleena tampil dengan koleksi tudung bawal terkini, Camilla.

Pengasasny­a Nur Azlini Nawi berkata, koleksi terbaru itu adalah jenis tudung bawal polos yang dihasilkan daripada fabrik kapas istimewa bersama batu swarovski berkilau.

“Lebih menarik, tudung bawal ini didatangka­n dalam pilihan rona lembut yang cantik, tidak perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah dan menggunaka­n material yang tidak panas.

“Menyentuh mengenai fabrik, kami memilih material jenis kapas premium voile Itali yang selesa dan mudah dibentuk. Koleksi ini juga didatangka­n dalam saiz bidang 45 apabila panjang tudung boleh diubah mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

Menurutnya, koleksi ini dijual pada harga RM58 sehelai bersama kotak eksklusif.

“Tudung bawal ini juga sesuai digayakan untuk gaya harian sama ada ke pejabat atau ketika bersantai di hujung minggu. Ia juga boleh dipakai walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu kini," ujarnya.

Tudung bawal terkini dihasilkan daripada kapas istimewa

 ??  ?? CANTIK dan manis digayakan. Lebih menarik, tudung bawal ini didatangka­n
dalam pilihan rona lembut yang cantik, tidak perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian
wajah dan menggunaka­n material tidak
panas
CANTIK dan manis digayakan. Lebih menarik, tudung bawal ini didatangka­n dalam pilihan rona lembut yang cantik, tidak perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah dan menggunaka­n material tidak panas
 ?? Nur azlini ??
Nur azlini
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia