ARENA ‘JODOH’ KALI KE-40

Harian Metro - - Arena - AFP

 Nadal teruja jumpa Federer di separuh akhir Wimbledon

Rafael Nadal tidak sabar menempuh fasa terbaru yang disifatkan sebagai ‘unik’ berhubung pertembung­an dengan seteru tradisi, Roger Federer di Wimbledon.

Nadal dan Federer akan bertemu buat kali ke-40 hari ini dan aksi separuh akhir Wimbledon itu adalah perlawanan keempat buat kedua-dua bintang berkenaan di peringkat All England Club.

Federer menang pada final 2006 dan 2007 sebelum Nadal mengalahka­nnya pada edisi 2008 dalam aksi lima set.

Di Roland Garros, kedua-dua mereka sudah bertarung sebanyak enam kali, selain empat kali di Terbuka Australia.

Namun, apabila ia membabitka­n musim final Grand Slam di New York, kedua-dua pemain itu tidak pernah berpeluang menentang sesama sendiri.

Di Terbuka AS, Federer mengunggul­i lima kejuaraan, manakala Nadal menang tiga kali.

Pemain Sepanyol berusia 32 tahun berkata, dia gembira dapat bertemu seteru utamanya itu di Wimbledon.

“Kami beraksi dalam banyak perlawanan yang bagus. Di dalam kejohanan ini kami bermain dua final hebat, 2007 dan 2008. Ia perlawanan penuh emosi.

“Secara peribadi,

2008 lebih memberi kesan emosi mendalam buat saya. Namun, saya menghargai fakta apabila

menjadi sebahagian daripada memori 2007 juga.

“Kemudian kami bermain banyak perlawanan di seluruh dunia. Hanya di New York kami tidak bertembung.”

Juara dua kali Wimbledon, Nadal yang terkenal dengan penguasaan­nya di gelanggang tanah liat, gagal melangkah ke pusingan keempat dalam kejohanan antara 2012 dan

2017.

Bagaimanap­un, dia kembali menyusun rentak permainan untuk hampir selangkah ke final 2018 sebelum tewas kepada Novak Djokovic dalam aksi separuh akhir

yang berlangsun­g selama lima jam 16 minit.

“Untuk beraksi bertemu Roger sememangny­a situasi yang ‘unik’. Memang teruja untuk berdepan Roger di gelanggang ini selepas 11 tahun,” tambah Nadal.

“Saya selalu memperkata­kan perkara yang sama peluang untuk mengatasi antara satu sama lain agak sukar, namun kami masih di sini.”

FEDERER NADAL dan Federer tidak pernah ‘bertemu’ di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.