Harian Metro

Senegal dijangka bertemu Madagascar MIMPI JADI NYATA

- AFP

Kaherah: Naib juara 2002, Senegal dijangka berdepan antara pasukan ‘giantkille­rs’ Madagascar atau pasukan bergelut, Tunisia untuk menempah tiket ke separuh akhir di ibu kota Mesir itu.

“Kami jangkakan perlawanan yang sukar dan pemain saya tidak berputus asa kerana mereka mempunyai mental yang bagus, sangat sabar dan menghormat­i arahan,” kata jurulatih Senegal, Aliou Cisse selepas skuad itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Benin awal pagi semalam.

“Pada peringkat ini dalam kejohanan, sesiapa saja boleh mengalahka­n sesiapa. Kami datang ke sini dengan cita-cita beraksi dalam tujuh perlawanan, dan kami akan bermain semuanya. Kami mahu beraksi di final.”

Jurulatih Benin, Michel Dussuyer berkata: “Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada pemain dengan cara mereka mengawal cabaran yang cukup sukar ini.

“Pemain pastinya bangga. Mereka membuatkan rakyat di Benin bangga. Dengan skuad ini, kami berjaya melangkah jauh. Sudah tentu, ada kekecewaan namun pemain tidak dapat menyembuny­ikannya.”

Cisse membuat satu pertukaran berbanding pasukan yang menewaskan Uganda untuk mara kelompok lapan terakhir dengan Keita Balde menggantik­an rakan penggempur, Ismaila Sarr.

Pengendali kelahiran Perancis, Dussuyer pula membuat tiga pertukaran ke atas skuad yang mengejutka­n Maghribi menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke suku akhir buat pertama kali.

Khaled Adenon terlepas aksi selepas menerima hukuman penggantun­gan dan Seibou Mama serta Jodel Dossou berada di bangku simpanan dengan Seidou Baraze, Sessi D’Almeida dan Steve Mounie mengambil tempat mereka. - AFP

 Jaringan Ekong pastikan Nigeria ke separuh akhir Piala Negara Afrika

Kaherah

William Troost-Ekong menganggap jaringan yang dilakukann­ya bagi membolehka­n Nigeria menang 2-1 ke atas Afrika Selatan sekali gus menempah tiket ke separuh akhir Piala Negara Afrika semalam sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

Pemain pertahanan tengah Nigeria itu meledak jaringan

hasil sepakan sudut pada minit ke-89 di Kaherah dan kejayaan itu membolehka­n pasukannya melangkah ke kelompok empat terbaik

buat kali ke-15

 ??  ?? EKONG PEMAIN Afrika Selatan, Bongani Zungu sugul selepas pasukannya kalah kepada Nigeria.
EKONG PEMAIN Afrika Selatan, Bongani Zungu sugul selepas pasukannya kalah kepada Nigeria.
 ??  ?? CISSE
CISSE
 ??  ?? PEMAIN Senegal meraikan kemenangan ke atas Benin.
PEMAIN Senegal meraikan kemenangan ke atas Benin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia