Sistem VAR cetus kontrovers­i

Harian Metro - - Arena -

sepanjang 18 penyertaan.

“Saya sering mengimpika­n perkara seperti ini. Menjaringk­an gol penting buat pasukan adalah sesuatu yang sangat menggembir­akan,” kata Troost-Ekong.

“Memang bukan tanggungja­wab saya untuk menjaringk­an gol... saya pemain pertahanan dan apa yang membuatkan saya gembira ialah kami tidak memberi banyak ruang buat penyerang lawan. Selepas Afrika Selatan menjaringk­an gol menerusi sepakan percuma, saya menanam impian untuk membalas dendam. “Kami yakin akan dapat menjaringk­an gol sekali lagi. Kami tidak mahu bermain di masa tambahan kerana ia pasti meletihkan. Afrika Selatan juga pasti mahukan perkara sama.”

Nigeria yang kali terakhir bergelar juara pada 2013, akan berdepan sama ada Algeria atau Ivory Coast bagi memburu tiket ke final.

“Setiap perlawanan selepas ini pasti sukar. Kami sudah melihat sendiri pasukan besar tewas dan tersingkir. Tidak kira siapapun yang akan menentang kami, ia pasti sukar,” kata Troost-Ekong. “Kami datang ke sini untuk menjadi juara.”

Samuel Chukwueze meletakkan Nigeria yang juga dikenali sebagai ‘Super Eagles’ di depan pada saingan yang berlangsun­g di Stadium Antarabang­sa Kaherah. Tetapi tandukan pemain Afrika Selatan, Bongani Zungu pada minit ke-70 mengikat kedudukan dan jaringan itu dibantu VAR walaupun pada awalnya, ia dibatalkan akibat ofsaid.

“Kami boleh dianggap bernasib baik dapat menjaringk­an gol kedua ini kerana Afrika Selatan bermain cemerlang,” kata jurulatih Nigeria, Gernot Rohr.

“Kami gembira dengan keputusan ini dan kami perlu segera sedia untuk aksi seterusnya. Tidak kira sama ada Algeria atau Ivory Coast, ia tetap sukar.”

Sementara itu, jurulatih Afrika Selatan, Stuart Baxter mengaku kekalahan itu sukar diterima pasukannya.

“Memang memedihkan apabila anda tewas di hujung permainan. Mungkin selepas seminggu, kami akan boleh menerima hakikat ini tetapi tidak sekarang,” katanya. Kaherah: Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr tidak dapat menyembuny­ikan kekecewaan terhadap sistem VAR walaupun pasukannya menang 2-1 ke atas Afrika Selatan dalam saingan Piala Negara Afrika pagi semalam dan berkata tempoh panjang yang diambil untuk memastikan jaringan, menjejaska­n rentak permainan.

Sistem VAR yang diperkenal­kan pada peringkat suku akhir dan turut digunakan buat pertama kali dalam kejohanan ini, mencetuska­n kontrovers­i apabila menidakkan keputusan penjaga garisan yang membatalka­n jaringan Bongani Zungu kerana ofsaid.

“Selama lima minit kami harus menunggu, gol atau tidak gol, dan ia cukup sukar buat pemain kami,” kata pengendali dari Jerman itu.

“Keputusan VAR - kamu tidak akan tahu apa akan berlaku menerusi

VAR apabila diberi sepakan percuma.”

Rohr turut memuji karakter pemainnya yang bangkit daripada ketinggala­n 1-2 untuk mengatasi Cameroon 3-2 dalam peringkat sebelumnya dan aksi kemenangan lewat ke atas Afrika Selatan dalam perlawanan pagi semalam.

“Sekarang kami mempunyai kekuatan mental dan kami berupaya untuk bangkit semula,” katanya. “Sikap semua pemain sangat hebat, hubungan dengan semua orang juga amat baik.”

Rohr mengingatk­an kembali apabila Nigeria tewas kepada Afrika Selatan 0-2 di gelanggang sendiri dalam aksi kelayakan untuk kejohanan itu dua tahun lalu, antara perlawanan pertama ketika beliau mengendali­kan pasukan.

“Kami mempunyai pemain muda namun pasukan ini terus bekerja keras dan keputusan itu sekurang-kurangnya membantu kami mengatasi perlawanan berdepan Cameroon, yang juga juara Afrika, 4-0 dalam stadium yang sama (aksi kelayakan Piala Dunia), jadi kami dapat belajar dari perlawanan ini.” tambahnya.

PEMAIN Nigeria meraikan kejayaan bersama pengawai pengurusan. PEMAIN Afrika Selatan, Thembinkos­i Lorch (kanan) diasak pemain Nigeria, Jamilu Collins.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.