Harian Metro

Origi jangan pergi...

- AFP

Liverpool mengikat wira Liga Juara-Juara mereka, Divock Origi menerusi kontrak jangka panjang baharu, umum kelab itu, semalam.

“Divock Origi menunjukka­n komitmen terhadap masa depannya di Liverpool dengan menandatan­gani kontrak jangka panjang di Melwood,” kata Liverpool dalam satu kenyataan tetapi tidak memberikan perincian lanjut mengenainy­a.

Pemain antarabang­sa Belgium itu tidak begitu menonjol di Anfield sejak tiba dari Lille pada 2014.

Begitupun, dia ‘mengganas’ apabila meledak dua gol ketika kemenangan 4-0 Reds ke atas Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu untuk mengatasi defisit kekalahan 3-0 pada aksi pertama.

Origi kemudian terus meledak pada aksi final menentang Tottenham bagi membantu Liverpool menjulang gelaran elit Eropah berkenaan buat kali keenam.

“Ia cerita yang hanya bola sepak boleh lakukan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Kami mahu menandatan­ganinya sekali lagi, melanjutka­n kontraknya dan apa yang bagus adalah dia juga mahu kekal. Dia menyedari ia masa yang sukar tetapi kami tidak pernah berputus asa terhadapny­a.”

Origi memasuki tempoh 12 bulan terakhirny­a di Anfield dan perbincang­an mengenai kontrak baharu tertangguh berikutan kebimbanga­n mengenai peya, luangnya untuk diturunkan.

“Saya sangat gembira dapat menandatan­gani kontrak ini dan ia meningkatk­an semangat pada permulaan musim,

 Reds sambung kontrak jangka panjang pastikan pemain kekal

selain pada penghujung musim tahun lalu,” kata Origi.

“Apabila saya perlu membuat keputusan, saya hanya mahu bercakap dengan kelab terlebih dulu selain wakil satetapi perasaanny­a adalah saya sentiasa mahu kekal dan melanjutka­n kontrak saya.”

Origi menghabisk­an dua daripada lima musimnya di Liverpool sebagai pemain pinjaman ke Lille serta Wolfsburg dan tampak bersedia untuk mekelab ninggalkan itu selepas dibayangi Roberto FirmiMoham­ed no, Salah, Sadio Mane dan Daniel

Sturridge.

 ??  ?? ORIGI sebelum ini berhasrat tinggalkan Reds kerana enggan dibayangi pemain bintang yang lain.
ORIGI sebelum ini berhasrat tinggalkan Reds kerana enggan dibayangi pemain bintang yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia