Harian Metro

Megat prihatin nasib atlet

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Biarpun namanya sering terpalit kontrovers­i, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tetap tampil membantu arena sukan negara.

Beliau menerusi syarikat Fox Marketing, membantu dua atlet olahraga negara, Siti Fatima Mohamad dan S Komalam Sally dengan memberi tajaan bernilai RM1,000 setiap seorang.

Bergerak atas usaha sendiri selepas tidak berada dalam senarai atlet di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN), Siti Fatima dan Komalam terpaksa berusaha mencari dana untuk menyertai pertanding­an.

Atas faktor itu, Megat tampil untuk memberi tajaan bagi membantu meringanka­n beban kedua-dua atlet terbabit.

“Biarpun jumlah itu tidak banyak namun sekurang-kurangnya ia mampu menampung perbelanja­an harian mereka.

“Saya juga menimbang untuk menambah jumlah berkenaan sekiranya mereka menunjukka­n prestasi memberangs­angkan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Siti Fatima yang mempunyai catatan terbaik peribadi 11.68s berkata, dia berterima kasih kepada Megat kerana sudi memberi tajaan dalam usahanya melayakkan diri ke temasya Sukan SEA Filipina, November ini.

Siti Fatima yang meraih gangsa ketika Grand Prix Asia di Kuala Lumpur dengan catatan 11.91s berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan mendapatka­n tajaan dengan menghantar surat permohonan ke syarikat-syarikat korporat namun tiada sebarang maklum balas diterima.

“Kami bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi untuk memberi tajaan. Saya dan Komalam bergerak sendiri jadi kami memerlukan dana yang besar untuk menampung perbelanja­an. Tajaan ini memberi semangat buat saya dan Komalam untuk terus berusaha melayakkan diri sebelum tarikh tutup ke Sukan SEA, 2 September ini,” katanya yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara 4x100m wanita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia