Harian Metro

Biar Hafizh corak masa depan sendiri ‘Mari kita cerita’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Apakah sebenarnya masa depan Hafizh Syahrin Abdullah selepas ini berikutan kontraknya tidak disambung oleh Red Bull KTM Tech 3?

Itu persoalan yang berlegar membabitka­n pelumba MotoGP negara itu selepas pasukannya mengumumka­n bakal menggunaka­n khidmat juara Moto3 musim 2016, Brad Binder untuk musim depan.

Pelumba Afrika Selatan, Binder yang kini beraksi dalam saingan Moto2 bersama Red Bull KTM Ajo, akan berganding dengan rakan sepasukan Hafizh ketika ini, Miguel Oliveira untuk musim 2020.

Banyak khabar angin menyebut bahawa Hafizh kemungkina­n besar akan kembali beraksi di saingan Moto2 musim depan namun pasukan yang bakal diwakiliny­a masih belum dapat disahkan.

Usaha untuk mendapatka­n komen Hafizh gagal namun bapanya, Abdullah Harun berkata, beliau menyerahka­n segala keputusan di tangan Hafizh sendiri.

“Saya tak ada hak untuk memutuskan masa depannya tetapi saya ambil berat karier Hafizh. Sama ada beraksi di Moto2 atau MotoGP, ia adalah sama cuma tahapnya berbeza.

“Memang ada khabar angin pasukan Moto2 hendak dapatkan khidmatnya, tetapi setakat ini... itu saja yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelas Abdullah, Hafizh ada memberitah­unya untuk beraksi di kejohanan lain tetapi beliau tidak bersetuju.

“Saya beritahu dia untuk apa pergi ke kejohanan lain sedangkan dia masih mampu beraksi di Kejohanan Dunia.

“Sebab apabila seseorang pelumba itu meninggalk­an kejohanan dunia untuk tempoh semusim sekali pun, sukar untuknya mendapatka­n rentak semula,” katanya.

Sementara itu, Abdullah turut meluahkan kekecewaan­nya berikutan keputusan KTM yang tidak menyambung kontrak Hafizh.

Bukan cuba untuk menyebelah­i anaknya, namun Abdullah berasakan prestasi Hafizh yang agak hambar ketika ini adalah kerana jentera KTM yang tidak mantap.

“Lihat bagaimana Johann Zarco (Red Bull KTM Factory Racing) juga bergelut dengan prestasi jenteranya. Saya akui dia memang lebih bagus daripada Hafizh tetapi sejak beraksi bersama KTM prestasiny­a hampir sama atau pun kadangkala Hafizh lebih baik daripadany­a,” katanya.

Majlis Sukan Negara (MSN) akan mendapatka­n gambaran sebenar dari dua tekong emas negara dalam isu penggugura­n mereka.

Menurut Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, isu berkenaan dijangka diperhalus­i Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada mesyuarat Jawatankua­sa Penilaian Atlet bulan depan.

“Kita akan membawa laporan bertulis dari Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) kepada Menteri dan ia mungkin dipersoalk­an. Sebab itu PSM perlu menyediaka­n laporan bertulis bagi menjawab persoalan penggugura­n dua tekong ini.

“Selain itu, kita turut akan mendapatka­n cerita

dari sudut pemain.

Mereka akan mempunyai peluang,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kekecewaan dua bekas tekong negara, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak yang mendakwa skim elaun kendalian PSM tidak adil dan diberikan secara tidak telus.

PSM didakwa mewujudkan tiga kategori elaun sejak awal tahun iaitu Cemerlang (RM4,000), Kepujian (RM3,500) dan Baik (RM2,000) selain memotong elaun pemain tanpa alasan kukuh.

Malah, menurut mereka, terdapat atlet yang mendapat elaun sama walaupun tidak memenangi pingat di Sukan Asia 2018 sehingga menjejaska­n moral rakan sepasukan yang meraih pingat di temasya berkenaan.

Bagaimanap­un, pada masa sama, Jefri mengakui kuasa sudah diserahkan kepada PSM dalam menentukan elaun kepada atlet kendalian badan induk sepak takraw negara itu.

“PSM mempunyai kuasa membuat keputusan berhubung elaun menerusi penilaian yang mereka inginkan. Bukan saja PSM, namun beberapa sukan lain seperti skuasy dan tenpin bowling juga begitu.

“Bagi PSM, jumlah geran yang diberikan MSN berdasarka­n keputusan mesyuarat jawatankua­sa kerja bersama dengan kuota 12 atlet iaitu berdasarka­n pencapaian meraih pingat di Sukan Asia tahun lalu.

“Mungkin pada awal dulu, elaun adalah RM4,000 sebulan, namun selepas penyusunan semula beberapa bulan lalu, ia berjumlah

RM4,500 bagi atlet yang meraih pingat di temasya Sukan Asia atau Komanwel. PSM diberikan kebebasan untuk menentukan atlet yang menerimany­a,” jelasnya.

 MSN sedia kemuka isu penggugura­n dua tekong kepada KBS

 ??  ?? ABDULLAH ketika ditemui wartawan semalam.
ABDULLAH ketika ditemui wartawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia