Lawan pasukan gergasi

Harian Metro - - Arena - Saiful Affendy Sapran saifulaffe­[email protected]

 Ketua jurulatih skuad hoki negara tetap pertaruh barisan pemain muda bagi siri jelajah Eropah

Meskipun bakal bertemu pasukan gergasi dunia, ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans tetap berani mempertaru­hkan barisan pemain muda untuk siri jelajah Eropah bermula 21 Julai ini.

Menerusi pengumuman senarai 20 pemain semalam, pengendali dari Belanda itu memberi peluang kepada penjaga gol, Adrian Andy Albert untuk meraih kap pertama bersama skuad Malaysian Tigers.

Turut bakal meraih penampilan pertama adalah penyerang muda, Muhammad Noor Firdaus Rosdi yang tahun lalu menyerlah ketika membantu skuad bawah 18 tahun negara memenangi

pingat emas di Buenos Aires, Argentina.

Oltmans juga kekal memberi peluang kepada barisan pemain muda seperti Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal serta Muhammad Arif Syafie Isyak.

“Sebelum ini kami tidak bernasib baik kerana agak lemah di posisi penjaga gol berikutan kecederaan menimpa S Kumar.

“Kini dia sudah pulih sepenuhnya. Perkara paling penting adalah untuk saya memilih penjaga gol kedua terbaik dan ia adalah Adrian.

“Tidak dinafikan Kumar akan dapat beraksi lebih banyak perlawanan tetapi ia juga bakal memberi pengalaman berharga untuk Adrian.

“Firdaus pula seorang penyerang berbakat. Saya gembira kerana kita mempunyai ramai pemain sepertinya,” katanya pada sidang media mengumumka­n senarai 20 pemain ke jelajah Eropah, semalam.

Oltmans juga menegaskan tiada sebarang jaminan untuk senarai 20 pemain yang terpilih itu beraksi bagi aksi play off kelayakan Sukan Olimpik, November depan.

Malaysian Tigers bakal bertemu beberapa negara gergasi seperti Jerman, Sepanyol, Belanda, England dan Belgium pada aksi jelajah Eropah.

PRESIDEN Konfederas­i Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal (tengah) bersama Roelant (kiri) dan Timbalan Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia, Datuk Profesor Dr S Shamala pada sidang media mengenai Skuad Hoki Kebangsaan (lelaki) yang akan berlepas untuk jelajah Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.