Harian Metro

MAKAF tidak bimbang ‘penentang’

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) tidak bimbang dengan tindakan kumpulan yang mendakwa mereka berjaya membentuk Majlis Eksekutif MAKAF yang baharu, sekali gus tidak mengiktira­f jawatankua­sa terdahulu.

Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, badan induk itu tidak tergugat dengan tindakan kumpulan penentang berkenaan kerana mempunyai bukti yang sah bahawa mereka adalah jawatankua­sa sebenar yang sudah pun diperakui Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS).

“Di pihak kami, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sudah mendapat surat PPS yang memperakui kami adalah persatuan yang sah. Bagi kami, apa yang hendak dilakukan oleh pihak satu lagi itu terpulang kepada mereka.

“Lagipun beberapa tindakan undang-undang sudah dilakukan terhadap kumpulan itu. Antaranya menggunaka­n logo MAKAF tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi.

Nur Azmi juga tidak yakin dengan dakwaan kumpulan penentang itu bahawa mereka mendapat sokongan 12 ahli gabungan.

“Seperti saya katakan tadi biarlah mereka lakukan apa saja kerana kami adalah jawatankua­sa yang sah dan mendapat sokongan majoriti ahli gabungan,” katanya. Menerusi laporan semalam, kumpulan itu berjaya membentuk Majlis Eksekutif MAKAF yang baharu bagi penggal 2019-2021 selepas mendapat sokongan majoriti pada mesyuarat agung dwi-tahunan (BGM).

Justeru, jawatankua­sa baharu itu menggesa PPS serta Menteri Belia dan Sukan mengiktira­f mereka secara rasmi yang mewakili majoriti 12 ahli gabungan.

Jawatankua­sa yang dipilih itu diketuai presidenny­a, Datuk Clement Soo, dua Timbalan Presiden, Datuk Lim Chee Jin dan Senior Asisten Komisioner Sulaiman Salleh serta tiga lagi Naib Presiden iaitu K Anathan, M Subramania­m dan Datuk Dr Yusoff Nook.

 ?? Nur Azmi Ahmad ?? Di pihak kami, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sudah mendapat surat PPS yang memperakui kami adalah persatuan yang sah”
Nur Azmi Ahmad Di pihak kami, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sudah mendapat surat PPS yang memperakui kami adalah persatuan yang sah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia