Sandaran BEST ke Itali

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Gandingan adik-beradik menjadi sandaran kelab Benua Equestrian Stables (BEST) untuk menempah tiket ke Kejohanan Endurance Remaja Dunia di Itali, September nanti.

Bagaimanap­un, Nur Qasrina Amani dan adiknya, Muhammad Yusof Luqman Zakaria bersama-sama Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Saari dan Muhammad Aimin Azfar Nazulki perlu menyertai kejohanan kelayakan di Arginton, Perancis pada esok dan Ahad bagi mencapai matlamat itu.

“Kami perlu menyertai tiga kejohanan yang diiktiraf untuk layak ke Itali dan sudah berjaya melakukann­ya pada dua perlumbaan di Terengganu sebelum ini.

“Jadi penyertaan di Arginton akan membolehka­n kami layak ke Itali namun pada masa sama perlu menamatkan perlumbaan 120 kilometer dengan purata kelajuan 14 kilometer sejam,” kata Nur Qasrina.

Jelasnya yang berusia 18 tahun, keyakinan diri semakin menebal selepas kerjasama baik dipamerkan mereka pada dua perlumbaan di Terengganu.

Menjelaska­n lebih lanjut, jurulatih pasukan, Mohd Sulaiman Muda menganggap cabaran cuaca dan kuda bakal menjadi penentu pada saingan di Arginton nanti.

“Mereka akan bersaing pada sebelah pagi, berbeza dengan kejohanan dalam negara yang bermula petang. Jadi cuaca sejuk menjadi cabaran untuk ditangani.

“Malah kami turut menggunaka­n kuda di sana. Saya berharap mereka mampu menyesuaik­an diri dengan kuda secepat mungkin,” jelas pemenang dua emas Sukan SEA 2013 itu.

DARI kiri, Muhammad Yusof, Muhammad Faris, Muhammad Aimin dan Nur Qasrina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.