Harian Metro

‘Orang atas’ Batu 2 FC angkat kaki

-

Kuala Lumpur: Sudahlah tidak mendapat gaji, kini pemain dan barisan kejurulati­han Batu 2 FC berada dalam keadaan terumbang ambing selepas satu persatu individu penting dalam pasukan terbabit meletakkan jawatan.

Sebelum ini, Datuk Mohd Hazarul Ifdaz Mohamed Rahim yang juga penaja utama Batu 2 FC mengumumka­n bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan dan terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif, Md Zuki Deraman berundur diri berkuat kuasa serta-merta.

Batu 2 FC yang diketahui menghadapi konflik dalaman dengan gaji pemain tidak dibayar selain mempunyai isu membabitka­n bekas pemain import, kini seolah-olah retak menanti belah.

Zuki dalam satu kenyataan bagaimanap­un menjelaska­n, keputusan meletak jawatan itu dibuat bukan kerana kemelut yang melanda pasukan, sebaliknya kerana kekangan masa dan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada komitmen beliau bersama sebuah syarikat.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan, tiga bulan sudah berlalu namun pemain Batu 2 FC masih lagi ‘makan janji’ sedangkan gaji yang sepatutnya dibayar, masih belum nampak bayang.

Menyedari mereka seakan dipermaink­an, tiga pemain pasukan itu sudah tidak lagi mahu bermain dan baki 15 yang lain hanya menunggu masa untuk mengikut jejak sama.

Batu 2 FC masih mempunyai baki lebih 10 perlawanan Liga M3 musim ini dan andai masalah sama tidak diselesaik­an, maka selepas ini pasukan berkenaan bakal tinggal nama saja apatah lagi pengurusan seakan tidak ambil berat dengan nasib pemain.

Seorang pemain yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Zahid’ berkata, dia sudah muak dan bosan mendengar pelbagai janji yang ditabur pengurusan dan mengambil keputusan untuk tidak lagi bermain bermula dengan perlawanan menentang Kuching FA di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

 ??  ?? PASUKAN Batu 2 FC terus terumbang-ambing selepas individu penting meletakkan jawatan.
PASUKAN Batu 2 FC terus terumbang-ambing selepas individu penting meletakkan jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia