Sathianath­an kecewa aksi anak buah

Harian Metro - - Arena - Farah Suhaidah Othman [email protected]

Ipoh: Jurulatih Selangor, B Sathianath­an terkilan dengan anak buahnya yang seolah-olah kaku hingga gagal menyekat gol Perak dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Sepakan penalti yang diambil Leandro Dos Santos pada minit ke-45 terkena tiang dan melantun sebelum pemain import itu sempat menendang semula untuk memastikan pasukannya menang 3-2.

Sathianath­an berkata, beliau kecewa dengan barisan pertahanan­nya yang tidak berbuat apa-apa ketika situasi itu berlaku.

“Pemain pertahanan kami tidak bertindak, malah pemain lain juga seakan menyerah, itu yang saya tidak suka,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Beliau mengaku dengan barisan skuad sedia ada, Selangor terpaksa bermain dalam keadaan ‘tempang’ susulan beberapa pemainnya cedera.

“Dalam kem Selangor sekarang, ramai yang cedera, saya terpaksa gunakan Syazwan walaupun dia belum 100 peratus pulih... lepas itu Syamil juga belum cergas.

“Itu menyebabka­n separuh masa pertama, permainan kami agak ‘lembik’ sedikit,” katanya.

“Saya akan cari ramuan atau menyediaka­n pasukan yang mantap untuk baki dua perlawanan lain dan yang penting kita mahu berada di tangga keempat teratas, jadi kita kena menang, tiada lagi cara lain,” katanya.

PEMAIN Perak, Ronaldo Henrique Silva (kanan) diasak pemain Selangor, Taylor Francis George Regan di Stadium Perak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.