Harian Metro

Elak set piece, kunci lawan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Penolong jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik

(gambar) menuntut anak buahnya supaya tidak membenarka­n pemain Pahang memperoleh peluang menerusi ‘set piece’ bagi mengelak tuan rumah menerima padah.

Malah, beliau turut juga menasihatk­an pemain TFC terutama barisan pertahanan dan tengah supaya tidak melakukan kesilapan mudah sebaliknya mengunci pergerakan lawan.

Perkara itu menjadi fokus utama bekas pemain kebangsaan terbabit bagi memastikan TFC tidak kecundang di tangan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Menurut Mohamad, beliau percaya Penyu mampu beraksi baik sebagaiman­a ketika bertemu Kedah, Selasa lalu selain mampu mencabar bola di udara biarpun purata pemainnya adalah rendah berbanding lawan.

“Kita sudah melakukan persiapan lebih rapi terutama di barisan pertahanan bagi mengekang asakan penyerang Pahang. Selain itu, kita juga sudah menegaskan kepada pemain agar perkara sama ketika bertemu Kedah iaitu membenarka­n dua jaringan lawan melalui situasi ‘set piece’ tidak berulang lagi.

“Tapi saya percaya jika kita dapat mengawal ketat pemain lawan sudah pasti mereka tidak dapat bergerak bebas,” kata Mohamad ketika ditemui pada program penaja GLE Centre Enterprise iaitu pengeluar kopi super jantan bersama pemain di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan GLE Centre Enterprise, Mohd Zulkifli Harun yang menaja sebanyak RM100,000 musim ini, tampil memberikan motivasi kepada pemain TFC sebelum bertemu Pahang.

Mengulas lanjut, Mohamad yang memangku tugas jurulatih sehingga 18 Julai ini, mengaku prestasi pemainnya kian meningkat.

“Peningkata­n prestasi pemain import yang ada sekarang cukup membanggak­an, begitu juga dengan pemain tempatan dan kita harap momentum ini dapat diteruskan bertemu Pahang sebelum mengakhiri liga bertemu Johor Darul Tazim (JDT),” ujar Mohamad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia