Enggan kedudukan Tok Gajah terancam

Harian Metro - - Arena - Asrol Awang [email protected]

Kuantan: Pahang mengimpika­n untuk meneruskan momentum kemenangan apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk menentang Terengganu FC (TFC), malam ini.

Penolong jurulatih Tok Gajah, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi meminta barisan pemain supaya mengekalka­n prestasi bagi memastikan kedudukan Pahang di tangga kedua Liga Super tidak terancam.

“Saya harap semua pemain dapat beraksi dengan baik dan mencatatka­n kemenangan ke atas TFC.

“Rentak kemenangan selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Kuala Lumpur (2-0) dan PKNS FC (3-2) perlu diteruskan.

“Mereka (pemain) perlu memanfaatk­an segala peluang dan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan,” kata Ahmad Shaharuddi­n.

Katanya, biarpun sepanjang dua perlawanan lalu menyaksika­n jaringan dilakukan pemain tengah dan pertahanan, kerjasama semua pemain adalah penting untuk memperkuat­kan pasukan.

“Bagi saya, apabila pemain pertahanan menjaringk­an gol, ia petanda positif buat pasukan yang tidak terlalu bergantung kepada jentera serangan.

“Namun, kerjasama pemain daripada semua posisi boleh menambah kekuatan pasukan,” katanya.

PEMAIN Pahang meraikan kejayaan menewaskan PKNS FC, Rabu lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.