Harian Metro

Tular ke Semut Merah

 Aksi terpaksa ditunda selepas lapan pemain dijangkiti Influenza B

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bukan setakat Johor Darul Ta’zim (JDT) malah virus Influenza B kini ‘menyerang’ kem PKNS FC hingga memaksa kelab berkenaan menunda perlawanan menentang Melaka United yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Hang Jebat, hari ini.

Menerusi kenyataan media di laman sosial Facebook PKNS FC, sekurang-kurangnya lapan pemain utama skuad Semut Merah sah dijangkiti virus Influenza B dan kini sedang menerima rawatan susulan daripada pegawai perubatan.

Sebelum ini, pemain skuad JDT terkena virus sama hingga mengakibat­kan 17 pemain mereka terpaksa dirawat selepas didapati positif.

Kenyataan media PKNS FC menyebut, antara pemain yang dijangkiti virus terbabit adalah Kpah Sean Sherman, Rodney Akwensivie, Tamirlan Kozubaev dan Farhan

Abu Bakar.

“PKNS FC sudah membuat permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menangguhk­an perlawanan yang dijadualka­n pada Jumaat (hari ini) ke tarikh lain.

“MFL sudah meluluskan permohonan terbabit dan kami ingin berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang bersetuju untuk berbuat demikian,” katanya.

 ??  ?? KESEBELASA­N utama pemain PKNS FC.
KESEBELASA­N utama pemain PKNS FC.
 ??  ?? STATUS penundaan perlawanan dimuat naik di Facebook PKNS FC.
STATUS penundaan perlawanan dimuat naik di Facebook PKNS FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia