Harian Metro

TIADA ORANG TENGAH

-

Nelayan tempatan kini boleh memasarkan hasil tangkapan mereka tanpa bergantung kepada orang tengah melalui Pusat Pengumpula­n dan Pengedaran Ikan (CCDC) Satang Biru, di sini, yang dibangunka­n Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, pusat itu adalah projek LKIM bertujuan menyediaka­n pusat sehenti pengumpula­n hasil perikanan daripada nelayan dan pengusaha akuakultur tempatan serta menjual terus kepada peniaga.

“Ini adalah usaha kerajaan melalui LKIM untuk memendekka­n rantaian bekalan (hasil perikanan) supaya harga ditawarkan di pasaran lebih berpatutan,” katanya berucap merasmikan CCDC Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Satang Biru berdekatan Pejabat PNK Satang Biru, Telaga Air, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Perancanga­n dan Pembanguna­n LKIM, Kusuadi Sallih; Pengarah LKIM Sarawak, Azmi Othman dan Pengurus Besar PNK Satang Biru,

Martinah Tarridie.

Antara komponen di CCDC PNK Satang Biru bernilai RM200,000 itu adalah bilik sejuk dengan kapasiti 10 tan, penyejuk beku bagas berkapasit­i

200 kilogram, ruang kerja, ruang pengasinga­n dan lori kargo tiga tan.

Muhammad Faiz berkata, di Sarawak LKIM sudah menyediaka­n lima CCDC dan akan menyediaka­n lebih banyak lagi pusat berkenaan bergantung kepada keperluan persatuan nelayan.

Beliau juga menggalakk­an lebih ramai persatuan nelayan dalam industri akuakultur menjalanka­n ternakan udang yang akan menambah pendapatan ahlinya.

Setakat ini katanya PNK Satang Biru dan persatuan nelayan di Melaka sudah terbabit dalam aktiviti itu.

“Kita mahu mereka (nelayan) terlibat perniagaan lain terutama (industri) akuakultur yang begitu dekat dengan nelayan kerana mereka memang mahir aktiviti perikanan dan mahir dengan sumber laut,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini PNK Satang Biru sudah mengusahak­an 90 hektar kolam ternakan udang harimau dan udang putih.

“Hasil ternakan itu mendapat pasaran baik dengan sebanyak 80 peratus untuk pasaran tempatan dan 20 peratus untuk eksport,” katanya.

 ??  ?? NELAYAN Omar Latiff menunjukka­n bekalan udang harimau yang baru dituai dari kolam di tapak Projek AQUA/Ternakan Udang CCDC Persatuan Nelayan Kawasan Satang Baru.
NELAYAN Omar Latiff menunjukka­n bekalan udang harimau yang baru dituai dari kolam di tapak Projek AQUA/Ternakan Udang CCDC Persatuan Nelayan Kawasan Satang Baru.
 ??  ?? KEADAAN kebakaran yang memusnahka­n sebuah gudang simpanan barang di Jalan Lapangan
Terbang Miri, awal pagi tadi.
KEADAAN kebakaran yang memusnahka­n sebuah gudang simpanan barang di Jalan Lapangan Terbang Miri, awal pagi tadi.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Faiz menunjukka­n bekalan udang sejuk beku berkualiti tinggi di tapak Projek AQUA/Ternakan Udang.
MUHAMMAD Faiz menunjukka­n bekalan udang sejuk beku berkualiti tinggi di tapak Projek AQUA/Ternakan Udang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia