Gudang dimamah api awal pagi

Harian Metro - - Metro -

Miri: Sebuah gudang di Jalan Lapangan Terbang, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)

Miri berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 4.44 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati api marak memusnahka­n gudang berstruktu­r kekal dan anggota bomba menggunaka­n teknik pemadaman ‘Receo’ sehingga api dikawal sepenuhnya jam 5.30 pagi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya melakukan penyejukan bagi mengawal api daripada merebak ke bangunan berdekatan.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian dialami dalam kejadian itu belum dapat dipastikan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Unit Forensik Kebakaran dan punca kejadian akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.