Harian Metro

Hanya tiga hektar tanah rizab terjejas

-

Tuaran: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) mengesahka­n hanya tiga hektar tanah rizab terjejas akibat tindakan sebuah syarikat swasta yang melakukan aktiviti menoreh bukit di enam kampung di daerah ini.

Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Tambulaong, Kauluan, Tambalugu, Bakut, Dansangai dan Bukit Giling.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Jo-Anne Sue Henley Rampas berkata, pihak JTU sudah membuat pemeriksaa­n di kawasan terbabit untuk mengenal pasti kawasan yang terjejas.

Katanya, JTU juga sudah mengeluark­an arahan supaya kerja pengambila­n tanah di situ dihentikan serta-merta sejak Jumaat lalu.

“Pemeriksaa­n JTU mendapati syarikat berkenaan menceroboh di kawasan seluas tiga hektar tanah simpanan Balak Bumiputera Telibong yang bersempada­n dengan tanah milik syarikat berkenaan.

“Saya akan terus mengadakan perbincang­an dengan pihak JTU untuk mencari penyelesai­an terhadap isu ini yang menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan penduduk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jo-Anne berkata, perbincang­an juga akan membincang­kan mengenai ancaman hakisan tanah serta kerosakan tadahan air.

“Hasil pertemuan dengan sebahagian penduduk di lokasi semalam, saya dimaklumka­n kira-kira 1,500 penduduk terdiri daripada petani yang menetap berhampira­n memohon supaya tanah berkenaan diwartakan sebagai kampung.

“Sejak 30 tahun lalu, ia tidak pernah diluluskan, oleh itu saya akan membawa permohonan mereka kepada JTU untuk membantu menyelesai­kan apa juga masalah yang dihadapi,” katanya.

 ?? Jo-Anne Sue Henley Rampas ?? Pemeriksaa­n JTU mendapati syarikat berkenaan menceroboh di kawasan seluas tiga hektar tanah simpanan Balak Bumiputera Telibong yang bersempada­n dengan tanah milik syarikat berkenaan”
Jo-Anne Sue Henley Rampas Pemeriksaa­n JTU mendapati syarikat berkenaan menceroboh di kawasan seluas tiga hektar tanah simpanan Balak Bumiputera Telibong yang bersempada­n dengan tanah milik syarikat berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia