Kekal daya saing

Harian Metro - - Setempat - Mohd Izham Unnip Abdullah [email protected]

 Kerajaan Sabah sedia buat kerjasama berkaitan minyak, gas

Kerajaan Sabah sedia mengadakan kerjasama dengan syarikat berkaitan minyak dan gas untuk memastikan industri berkenaan dapat terus berkembang dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu penting bagi berdepan situasi tidak menentu berikutan turun naik harga dalam pasaran komoditi selain pelbagai cabaran yang dihadapi industri minyak dan

gas ketika ini.

Beliau berkata, bagi mengekalka­n daya saing dalam industri, perlu ada penilaian dan perubahan strategi selain mengenal pasti ketidakten­tuan utama yang boleh mencorak masa depan minyak dan gas di Sabah dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Sebab itu semua pemain utama industri perlu mengadakan kolaborasi sama ada dari segi perniagaan, mentoring, sokongan atau pendidikan untuk mencorak masa depan minyak dan gas Sabah.

“Sektor minyak, gas dan tenaga merekodkan lebih 20 peratus sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah, menjadikan­nya penyumbang penting kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidanga­n Minyak dan Gas Sabah (SOGCE) Ketujuh, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk George Anthony Ginibun; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Jimmy Wong dan Presiden dan Presiden Institut Material Malaysia (IMM), Mohd Azmi Mohd Noor.

Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri terbuka untuk mengadakan perbincang­an dengan pemain industri bagi memastikan sektor minyak dan gas dapat dikembangk­an ke tahap lebih tinggi dan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Sabah.

“Kita mahu kerjasama yang kukuh dan kolaborasi strategik yang boleh membawa sektor ini ke arah yang betul bagi mencapai kejayaan. Bagaimanap­un, kita perlu mengatasi cabaran yang sinonim dengan sektor minyak dan gas Sabah,” katanya.

Beliau berkata, di pihak kerajaan negeri, pindaan terhadap Ordinan Perlombong­an 1960 kepada Enakmen Perlombong­an (Pindaan) 2018 dilakukan pada Disember lalu bagi membolehka­n pengurusan hasil daripada sumber mineral negeri ini termasuk minyak dan gas dilakukan dengan lebih baik.

MOHD Shafie (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Pameran dan Persidanga­n Minyak dan Gas Sabah (SOGCE) Ketujuh di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.