Harian Metro

Nafi dakwaan polis lindungi sindiket judi

-

Sibu: Polis menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, yang kegiatan perjudian dalam talian dan mesin kuda masih berleluasa di bandar itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit turut menafikan dakwaan Alice Lau yang mengatakan kegiatan sindiket perjudian berkenaan dilindungi pegawai dan anggota polis.

Justeru, beliau meminta Ahli Parlimen berkenaan menyalurka­n maklumat jika mengetahui pegawai dan anggota polis terbabit dalam kegiatan itu bagi membolehka­n tindakan tegas diambil.

“Mengenai dakwaan judi dalam talian yang dikatakan masih berleluasa di Sibu, ia juga adalah tidak benar sama sekali.

“Polis berusaha membendung kegiatan itu dengan pelbagai cara dan berdasarka­n statistik, tindakan kami ambil juga meningkat,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarka­n statistik serbuan dan tangkapan terhadap kegiatan perjudian mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sejak Januari hingga Jun tahun ini, Sibu adalah daerah paling aktif dan berjaya mengekang kegiatan berkenaan.

“Sebanyak 111 serbuan dijalankan dalam tempoh itu berbanding 66 serbuan tahun lalu dan daripada itu, seramai 120 orang berjaya ditahan berbanding 52 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Polis juga berjaya merampas wang tunai yang berjumlah RM46,254 dalam serbuan dilakukan berbanding RM9,064 dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya.

 ?? Stanley Jonathan Ringgit ?? “Sebanyak 111 serbuan dijalankan dalam tempoh itu berbanding 66 serbuan tahun lalu dan daripada itu, seramai 120 orang berjaya ditahan berbanding 52 orang dalam tempoh sama tahun lalu”
Stanley Jonathan Ringgit “Sebanyak 111 serbuan dijalankan dalam tempoh itu berbanding 66 serbuan tahun lalu dan daripada itu, seramai 120 orang berjaya ditahan berbanding 52 orang dalam tempoh sama tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia