Harian Metro

Gaduh sampai gantung diri

-

 Lelaki ditemui bunuh diri dipercayai bertengkar dengan teman wanita

Pertengkar­an dengan teman wanita yang menetap di Kepulauan Jawa dikenal pasti punca seorang lelaki warga Indonesia, nekad membunuh diri di ladang ternakan ayam di Batu 25, Jalan Oya, di sini, semalam.

Mangsa berusia 22 tahun ditemui tergantung di bangsal simpanan air di ladang ternakan itu jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, berdasarka­n keterangan rakan sebiliknya, mangsa dikatakan

menghubung­i teman wanitanya malam kelmarin.

Katanya, sepanjang perbualan menerusi telefon itu, mangsa dan teman wanitanya dikatakan bertengkar dipercayai mengenai hubungan mereka.

“Mayat mangsa yang berasal dari Bandar Lampung, Jawa, Indonesia, ditemui tergantung oleh pekerja ladang ternakan jam 12.04 tengah hari tadi (semalam).

“Tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumka­n kejadian itu kepada Konsulat Indonesia di Kuching untuk tindakan susulan dan urusan membawa balik jenazah ke negara asalnya.

 ??  ?? LELAKI warga Indonesia ditemui tergantung di bangsal tempat penyimpana­n tong air di Batu 25, Jalan Oya, semalam.
LELAKI warga Indonesia ditemui tergantung di bangsal tempat penyimpana­n tong air di Batu 25, Jalan Oya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia