Harian Metro

Rampas rokok, arak RM327,272

-

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM327,272 dalam dua serbuan berasingan di Kuching dan Miri, kelmarin.

Pemangku Komander PPM Wilayah 5 Superinten­dan Abdul Rahman Mat Hasan berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Jalan Arang, di sini, jam 7.45 pagi.

Katanya, pemeriksaa­n menemui sejumlah rokok pelbagai jenis disimpan dalam sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) diletakkan di perkaranga­n premis berkenaan.

“Ketika serbuan, terdapat empat pekerja lelaki berusia 37 hingga 64 tahun di premis berkenaan. Mereka gagal menunjukka­n dokumen sah untuk rokok berkenaan dan kami mengesyaki mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

“Empat pekerja terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di kedai kosong di Terminal Bas Tudan di Miri jam 7.30 malam, PPM Wilayah 5 merampas sejumlah rokok bernilai RM42,560 dan minuman keras bernilai RM9,696.

“Rampasan itu dilakukan selepas pihak kami menerima maklumat daripada orang awam yang curiga selepas melihat kotak minuman keras dan rokok dilonggokk­an di tepi deretan kedai kosong di terminal bas itu.

“Pegawai dan anggota menunggu selama dua jam untuk mengenalpa­sti pemilik rokok dan minuman keras itu, namun tiada siapa yang datang mengambiln­ya,” katanya.

Berikutan itu, barangan berkenaan yang disyaki untuk dipasarkan di kawasan perumahan di Kuala Baram dirampas dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia