Jangan tunggu pelabur datang

Harian Metro - - Setempat -

Kota Kinabalu: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini digalakkan menjalinka­n kerjasama dengan syarikat swasta untuk meningkatk­an pendapatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong berkata, PBT tidak boleh tunggu pelabur atau peniaga datang sebaliknya PBT sendiri perlu membuat pendekatan kepada mereka.

“Ini penting dalam usaha kita meningkatk­an ekonomi berpendapa­tan tinggi, kita tidak boleh duduk dan tunggu pelabur atau peniaga datang.

“Jadi pihak PBT atau pentadbir di negeri ini yang perlu buat pendekatan terhadap pelabur dan peniaga di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Forum Amalan Baik Peraturan (GRP) dan Majlis Pelancaran Garis Panduan Permohonan dan Manual Kelulusan Lesen Operasi PBT Sabah, di sini, semalam.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, melalui pendekatan itu, ia sudah tentu memberi hasil dari segi kutipan cukai kepada PBT.

“Mesti sentiasa ada galakkan (pendekatan) kerana rakyat semakin bertambah dan pembanguna­n juga perlu ditingkatk­an termasuk undang-undang juga perlu ditingkatk­an.

“Melalui pendekatan ini, sudah tentu ada kutipan hasil yang lebih baik dan kita tidak boleh lari daripada pelanggan (pelabur dan peniaga), itu yang perlu kita buat pendekatan di samping kita mantapkan susun atur cara pengurusan pentadbira­n kita,” katanya.

Terdahulu, mengulas berhubung forum itu, Jaujan berkata, ia dapat meningkatk­an sistem pengurusan pentadbira­n negeri ini terutamany­a membabitka­n permohonan lesen supaya sistem itu dilaksanak­an lebih baik dan efisyen.

“Kita lihat peniaga, usahawan dan pelabur semakin bertambah di negeri ini dan sudah tentu keupayaan pihak berwajib termasuk semua PBT dapat ditingkatk­an melalui forum ini.

“Diharap program hari ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta terdiri daripada PBT, kerajaan negeri serta semua agensi terbabit seterusnya membawa ilmu ini kepada organisasi masing-masing,” katanya.

JAUJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.