Yakin sokongan tambahan 13 kerusi DUN

Harian Metro - - Setempat -

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri yakin 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah yang dijadual dibentangk­an di Dewan Rakyat pada 17 Julai ini mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya yakin tiada halangan untuk mendapatka­n kelulusan Parlimen memandangk­an ia hanya memerlukan majoriti mudah dan bukan dua pertiga kerana tidak membabitka­n pindaan perlembaga­an.

“Kerusi tambahan itu sudah diluluskan Dun Sabah ketika ia dibentangk­an oleh kerajaan sebelum ini, jadi tiada sebab ia tidak mendapat sokongan untuk membolehka­n kita menambah perwakilan di Dun.

“Saya sendiri berada di Parlimen pada 16 hingga 17 Julai ini dan ikut membahas untuk menyatakan apa sebabnya ia (kerusi tambahan Dun Sabah) perlu disokong,” katanya selepas merasmikan Pameran dan Persidanga­n Persidanga­n dan Pameran Minyak dan Gas Sabah (SOGCE) Ketujuh di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, kerusi tambahan itu hanya memerlukan kelulusan Dewan Rakyat sebelum dapat dilaksanak­an.

Berdasarka­n persempada­nan baharu itu, 13 kerusi tambahan yang dicadangka­n ialah Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Kerusi tambahan berkenaan diluluskan ketika persidanga­n Dun Sabah pada 9 Ogos 2016 menerusi pindaan Rang Undang-Undang Perlembaga­an Negeri Sabah iaitu meminda Perkara 14 Fasal (2) Perlembaga­an Negeri Sabah bagi menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada 73 berbanding 60 ketika ini.

Pindaan rang undang-undang itu disokong 55 Adun termasuk lima wakil rakyat pembangkan­g dan empat Bebas, manakala tiga wakil pembangkan­g tidak bersetuju serta seorang berkecuali, selain seorang Adun tidak hadir.

Bagaimanap­un, kerusi tambahan itu tidak dapat digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu kerana tidak dibentangk­an oleh kerajaan sebelum ini di Dewan Rakyat bagi mendapatka­n sokongan majoriti Ahli Parlimen.

MOHD Shafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.