Harian Metro : 2019-07-12

Hati : 58 : 58

Hati

| harian metro JUMAAT 58 HATI 12 julai 2019 Siti Nadirah Hafidzin [email protected] Sentiasa berpegang dengan prinsip ‘erti kehidupan sebenar adalah dengan memberi’ menjadikan anak muda kelahiran ibu kota ini tidak kenal erti penat dalam usaha membantu insan memerlukan. Baru berusia 27 tahun namun pengalaman dalam dunia kesukarela­wanan sangat luas. Mana tidaknya, dia mula menjejakka­n kaki ke dalam bidang ini sejak lebih 10 tahun lalu iaitu ketika masih di bangku persekolah­an. Mengenali pemilik nama Zahidah Azman banyak membuka mata dan hati penulis mengenai semangat tanpa kenal erti jemu membantu golongan kurang bernasib baik. Membuka bicara, Zahidah berkata, dia mula mengenali dunia sukarelawa­n sejak di sekolah menengah apabila sering mengikuti ibu dan rakan yang aktif dalam bidang ini. “Sejak itu saya mula menanam azam untuk mengikut jejak langkah ibu kerana di samping membantu, banyak yang dapat kita pelajari secara tidak langsung dan semua itu ternyata tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sangat seronok apabila melihat insan lain tersenyum gembira. “Masih segar di ingatan, ketika saya berusia 17 tahun dan baru tamat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya keliru dengan hala tuju selepas SPM. Ketika itu saya tidak tahu jurusan yang bersesuaia­n dengan diri namun apa yang pasti mahu bergelar sukarelawa­n sepenuh masa,” katanya. Menurut Zahidah, bermula daripada itu juga, dia mula mencari ruang dan peluang untuk bersama-sama menyumbang bakti serta tenaga sebagai sukarelawa­n dengan lebih serius. “Disebabkan bidang ini sangat dekat dengan diri, saya sememangny­a tidak janggal walaupun ketika itu baru berusia belasan tahun. “Ibu banyak memberi inspirasi kepada saya untuk berbakti dalam bidang ini. Saya kemudian semakin komited sewaktu menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam apabila bertemu badan bukan kerajaan (NGO) Projek Ihsan yang memfokuska­n memberi pendidikan kelas tuisyen percuma kepada anak miskin bandar,” ujarnya. Kata Zahidah, program itu menjadi detik permulaan kepada dirinya untuk lebih bergiat secara serius dalam membantu insan memerlukan. saya sangat tersentuh ketika pertemuan bersama seorang remaja di sekolah juvana. Selesai program berlangsun­g, remaja itu memanggil saya dan mula menceritak­an perjalanan hidupnya yang sangat susah dan berliku. “Hati saya sangat tersentuh ketika itu, namun saya perlu bijak mengawal emosi supaya dapat memberi kata-kata semangat kepadanya. Sejak itu, saya semakin sedar, setiap apa yang terjadi itu bersebab dan kita sesama manusia tidak boleh terus menyalahka­n orang lain walaupun individu itu melakukan kesalahan,” katanya. Menanam azam dan semangat untuk terus berbakti, Zahidah berkata, selagi hayat dikandung badan, dia akan terus menyumbang dan membantu. “Banyak yang saya pelajari apabila berdepan insan kurang bernasib baik. Bukan saja di negara ini, saya turut berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sukarelawa­n di negara jiran termasuk di Indonesia dan Bangladesh. “Selain itu, saya turut berharap akan lebih ramai anak muda yang untuk meluangkan masa mengenali bidang ini. Ramai yang saya temui berminat namun teragak-agak dan kurang yakin. Percayalah, anda akan temui kegembiraa­n dan kebahagiaa­n tidak ternilai sebaik menjejakka­n kaki dalam dunia sukarelawa­n ini,” ujarnya. Hidup di dunia ini perlulah seiring antara menjaga hubungan baik dengan Tuhan dan sesama manusia Zahidah

© PressReader. All rights reserved.