Harian Metro : 2019-07-12

Setempat : 92 : 4

Setempat

setempat 4 HARIAN METRO Mohd Izham Unnip Abdullah [email protected] Kota Kinabalu U niversiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasam­a dengan Huawei Technologi­es (Malaysia) Sdn Bhd untuk melaksanak­an program pembanguna­n pelajar menerusi pemberian latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, bagi tujuan itu Huawei mewujudkan keperluan semasa dan jangkaan pemegang taruh. Sehubungan itu katanya, pihak Huawei melalui kerjasama yang terjalin juga akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi merealisas­ikan matlamat berkenaan. “UMS berhasrat untuk menjadi sebuah kampus pintar yang terkenal di rantau ini serta sebagai antara universiti pertama yang mengguna pakai teknologi terbaru, termasuk 5G. “Transforma­si ini akan dipacu oleh beberapa pemboleh ubah, termasuk ketersedia­an dana dan kewujudan infrastruk­tur dan teknologi ICT yang terkini,” katanya. Kerjasama UMS dan Huawei secara rasmi bermula pada tahun 2017 melalui satu majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan ia diperkukuh­kan lagi pada tahun ini melalui Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) di Shenzhen, China yang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada April lalu. Huawei Authorized Informatio­n Network Academy (HAINA) di kampus universiti itu. “Melalui HAINA, Huawei mengiktira­f UMS sebagai pusat latihan dan pensijilan bagi sijil profesiona­l Huawei seperti Huawei Certified Network Academy (HCNA) Huawei Certified ICT Associate (HCIA). dan “Pihak Huawei juga menyumbang peralatan ICT di pusat HAINA untuk aktiviti latihan, selain memberi bantuan dalam latihan pelajar UMS untuk tujuan pensijilan HCNA/HCIA dan mempersiap­kan staf UMS sebagai tenaga pengajar yang bertauliah dan diiktiraf. “Pensijilan HCNA/HCIA ini berupaya meningkatk­an kebolehpas­aran dan prospek kerjaya graduan,” katanya dalam kenyataan sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Huawei di Shenzhen, China, semalam. Beliau berkata, ketika ini seramai tujuh kakitangan akademik UMS mendapat pensijilan Huawei Certified ICT Instructor (HCAI) dan diiktiraf sebagai tenaga pengajar kursus Huawei. Katanya, sehingga bulan Jun lalu, tiga kumpulan pelajar UMS seramai 107 orang berjaya mendapat pensijilan dalam HCNA atau HCIA. “Secara komersial kos keseluruha­n untuk kursus dan pensijilan ini mencecah sehingga RM15,000 seorang, namun buat masa ini ia percuma untuk pelajar UMS. “Pada masa akan datang, kita merancang agar pensijilan ini akan dibuka kepada orang perseorang­an dengan kadar yuran yang berpatutan,” katanya. Dr D Kamarudin berkata, seiring dengan keperluan era Industri 4.0, UMS perlu melaksanak­an transforma­si digital kepada sebuah kampus pintar agar terus relevan kepada

© PressReader. All rights reserved.