Harian Metro

ALIFF MENANGIS DEPAN EBIT LEW

Jaga solat, dekatkan diri dengan Allah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

“Andai hari ini hari terakhir kehidupan, saya nak berpesan kepada anak, Ayden supaya menyayangi ibunya dan kepada Bella, paling penting saya ingin memohon maaf.”

Itulah luahan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 28, dalam sesi perkongsia­n bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Sesi perkongsia­n yang disiarkan di laman

Facebook pendakwah itu, semalam juga menyaksika­n Aliff menitiskan air mata saat ditanya sekiranya dia ada pesanan ingin diluahkan kepada anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2, dan bekas isterinya, Bella Astillah, 25.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada Ayden kerana ketika dia masih kecil seperti sekarang, saya sebagai seorang ayah sepatutnya boleh melakukan pelbagai perkara yang lebih baik.

“Sebagai ayah, saya sendiri pun tak mahu dia lakukan benda tidak baik, yang saya pernah lakukan sebelum ini,” katanya dalam video berdurasi 33 minit 15 saat itu.

Aliff juga mengakui sepanjang perkahwina­nnya dengan Bella, banyak perkara baik yang sepatutnya dilakukann­ya sebagai suami.

“Setiap manusia ada baik buruknya dan untuk saya, lebih banyak yang buruk berbanding perkara baik.

“Saya rasa, sepanjang perkahwina­n kami, banyak perkara saya boleh lakukan dengan lebih baik berbanding apa yang berlaku.

“Saya doakan Bella terus berjaya dan mendapat kebahagiaa­n sepatutnya,” katanya.

Aliff juga meluahkan rasa rindu terhadap anaknya dan akan cuba membuat panggilan video dengannya setiap hari.

“Kali terakhir saya bertemu dengan anak sebulan lalu. Lagi pula, bekas isteri sibuk dengan kerja, jadi belum ada masa saya berjumpa dia lagi.

“Dia masih kecil dan penting untuk saya ada dengan dia,” katanya.

Dalam perbualan itu juga, Ebit menasihati

Aliff menjaga solat dan mendekatka­n diri dengan Allah.

“Demi anak dan kerana Allah, kita kena perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat dan jangan tinggal solat. Kalau boleh, ambil masa untuk solat berjemaah,” katanya.

Sesi perkongsia­n itu juga menyaksika­n Aliff berkongsi mengenai kehidupann­ya selepas bercerai yang kucar-kacir dan cuba mencari ruang menenangka­n diri dengan cara salah.

 ??  ??
 ??  ?? SESI perkongsia­n Aliff bersama Ebit.
SESI perkongsia­n Aliff bersama Ebit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia