Harian Metro

RAMPAS KURA-KURA RM2J

Lelaki dari Petaling Jaya ditahan di Balai Ketibaan KLIA

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Berat hanyalah sekitar 30 gram namun kura-kura spesies

Indian star tortoise mampu mencecah AS$1,500 (RM6,150) seekor di pasaran gelap.

Harga luar biasa selain permintaan tinggi dalam kalangan peminat hidupan eksotik menyebabka­n spesies reptilia berasal dari India dan Bangladesh ini kerap diseludup masuk ke negara ini.

Sumber berkata, negara ini dijadikan transit sindiket menyeludup masuk kura-kura dari luar negara.

Menurutnya, dalam kes terbaru kelmarin, seorang lelaki tempatan ditahan selepas menyeludup kura-kura bernilai hampir RM2 juta.

“Suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Petaling Jaya,

Selangor itu ditahan jam 4 petang sebaik tiba di Balai Ketibaan Antarabang­sa Terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pegawai Perhilitan yang terlebih dahulu sudah menjalanka­n risikan dan menerima maklumat berhubung penyeludup­an hidupan liar bertindak menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek membawa dua beg bagasi sebelum pemeriksaa­n lanjut dilakukan terhadap kandungan beg itu.

“Pemeriksaa­n pada beg pertama menemui 152 ekor kura-kura spesies Indian star

tortoise yang masih hidup dan diisi di dalam kotak.

“Turut ditemui 170 ekor kura-kura disyaki spesies

Indian roofed turtle selain tiga ekor disyaki spesies Indian

eyed turtle. Semua kura-kura itu dianggarka­n bernilai hampir RM2 juta berdasarka­n

harga pasaran gelap,” katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke Balai Polis Sepang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Menurutnya, setiap seekor kura-kura spesies Indian star

tortoise dan Indian roofed turtle boleh mencecah RM6,000 seekor apatah lagi ia mendapat permintaan tinggi di China dan Hong Kong.

Kejayaan itu adalah rampasan terbaru selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 330 ekor kura-kura jenis Ploughshar­e dan Indian Star bernilai RM1.2 juta pada 15 Mei lalu.

Difahamkan sepasukan anggota dari bahagian

Suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu ditahan jam 4 petang sebaik tiba di Balai Ketibaan Antarabang­sa Terminal KLIA”

penguatkua­saan jabatan itu memeriksa Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA dan menemui lima kotak yang mengandung­i haiwan eksotik itu.

Kotak yang dirampas itu dibawa menggunaka­n penerbanga­n Etihad Airways dari Lapangan Terbang Antananari­vo, Madagascar ke KLIA.

Hasil pemeriksaa­n rapi yang dijalankan mendapati terdapat lima ekor kura-kura jenis Ploughshar­e dan 325 kura-kura Indian Star yang bernilai RM1.2 juta.

Selain itu JKDM turut berjaya menahan dua lelaki warga India yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit bagi kegiatan penyeludup­an anak kura-kura pada 26 Jun lalu.

Hasil tangkapan itu, sebanyak 5,255 anak kura-kura jenis Red Ear Slider dengan anggaran nilai RM52,550 berjaya dirampas pihak berkuasa berkenaan.

Kedua-dua lelaki terbabit tiba dari Guangzhou, China pada 20 Jun lalu sebelum ditahan di Balai Ketibaan Antarabang­sa Lapangan Terbang Antarabang­sa (klia2).

Sumber

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI Perhilitan melakukan pemeriksaa­n pada beg bagasi yang diisi dengan ratusan kura-kura spesies Indian star tortoise dan Indian roofed turtle. INDIAN star tortoise dewasa.
BUNGKUSAN kecil yang mengandung­i kura-kura.
PEGAWAI Perhilitan melakukan pemeriksaa­n pada beg bagasi yang diisi dengan ratusan kura-kura spesies Indian star tortoise dan Indian roofed turtle. INDIAN star tortoise dewasa. BUNGKUSAN kecil yang mengandung­i kura-kura.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KURA-KURA spesies Indian roofed turtle.
KURA-KURA spesies Indian roofed turtle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia