Harian Metro

NEKAD REMPUH APMM

Nelayan Vietnam agresif cuba lolos diri rempuh KM Pekan

- Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

Nelayan Vietnam bertindak samseng dengan melanggar dan berusaha merosakkan kipas kapal APMM yang cuba menahan mereka di Kuala Tok Bali, Kelantan. Kapal KM Pekan mengambil masa empat jam mengejar dua bot berkenaan yang membawa hasil laut Malaysia. Nilai keseluruha­n rampasan termasuk bot dianggarka­n RM1.5 juta, lapor Nor Amalina Alias

Bukan saja bertindak menceroboh perairan negara, malah bot nelayan Vietnam turut berlagak samseng di laut apabila bertindak agresif dengan melanggar KM Pekan milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba meloloskan diri daripada penguat kuasa.

Kedegilan dan sikap biadab nelayan asing itu menyebabka­n kru KM

Pekan diketuai Pegawai Memerintah, Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, mengambil masa empat jam sebelum berjaya memintas bot berkenaan pada kedudukan 97 batu nautika dari Kuala

Tok Bali, jam 2.40 petang, Selasa lalu.

Pemangku Pengarah APMM Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, terdahulu KM Pekan berjaya memintas dan menahan sebuah bot nelayan Vietnam pada kedudukan 92 batu nautika dari Kuala Tok Bali pada jam 1.12 tengah hari.

“Pada masa sama KM Pekan mengesan bot berkenaan berada pada kedudukan berhampira­n dan terus merapati untuk melakukan penggeleda­han serta pemeriksaa­n.

“Namun kru bot membuang tali dan pukat ke laut. Tujuan mereka adalah supaya peralatan itu terlekat pada kipas dan menghalang pergerakan KM Pekan.

“Namun atas pengalaman kru KM Pekan taktik itu tidak berhasil. Tekong juga melakukan pergerakan berbahaya hingga bot dikendalik­an tersangkut pada sisi KM Pekan, tetapi bot berkenaan berjaya dipintas akhirnya,” katanya pada sidang media di Pekarangan Pejabat APMM Tok Bali di sini, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaa­n dilakukan pihaknya tidak menolak kemungkina­n kru bot kedua yang bertindak agresif membuang alat navigasi Sistem Pengesanan Global (GPS) ke laut untuk menghilang­kan bukti kedudukan bot dalam

Tekong juga melakukan pergerakan berbahaya hingga bot dikendalik­an tersangkut pada sisi KM Pekan, tetapi bot berkenaan berjaya dipintas akhirnya”

Ismail Hamzah

perairan Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya merampas kedua-dua bot berkenaan, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan pelbagai spesies dan sotong kering seberat 60 kilogram dianggarka­n bernilai RM1.5 juta.

Ismail berkata, semakan dilakukan mendapati 21 warganegar­a asing ditahan membabitka­n dua tekong dan kru yang ditangkap berusia antara 17 hingga 55 tahun.

“Pemeriksaa­n pada bot pertama membawa kepada tangkapan seorang tekong dan dua kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Sementara pemeriksaa­n di bot kedua pula kami menahan seorang tekong dan kru. Semakan mendapati hanya empat daripada mereka termasuk tekong memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.

Jelasnya, dua bot berkenaan bersama tekong dan kru dibawa ke Jeti APMM di Tok Bali untuk siasatan lanjut dan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, kejayaan itu menjadikan tangkapan menerusi Op Naga meningkat kepada 62 dengan 49 adalah bot nelayan Vietnam, dua bot Thailand dan 11 bot nelayan tempatan dalam tempoh 79 hari operasi dilaksanak­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 11 Julai.
LAPORAN Harian Metro 11 Julai.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 12 Julai.
LAPORAN Harian Metro 12 Julai.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Julai.
LAPORAN Harian Metro 10 Julai.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 9 Julai.
LAPORAN Harian Metro 9 Julai.
 ??  ?? ISMAIL (kanan) menunjukka­n dua bot nelayan asing yang
ditahan bersama 21 awak-awak, dari negara Vietnam di Pekarangan Pejabat APMM Tok Bali.
ISMAIL (kanan) menunjukka­n dua bot nelayan asing yang ditahan bersama 21 awak-awak, dari negara Vietnam di Pekarangan Pejabat APMM Tok Bali.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia