Harian Metro

‘Hubungan saya dan Shahir dah berakhir’

-

“Kami sudah tiada hubungan istimewa dan membawa haluan masing-masing sejak enam bulan lalu,” kata pelakon popular Erra Fazira ketika mengulas sejauh mana hubunganny­a dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi ketika ini.

Menurut Erra, 45, dia sudah lama tidak bertemu dengan Shahir dan kali terakhir bersamanya pada awal tahun ini.

“Sebenarnya, saya juga sudah move on.

Maklumlah, kami sudah empat tahun dan saya juga sudah matang serta waras untuk berfikir.

“Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana percaya perancanga­n Allah lebih baik,” katanya pada sesi fotografi filem Wangi di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia