Harian Metro

Khayal Stacy duduki Top 5

-

Beberapa jam selepas dilancarka­n di platform digital, semalam, single terbaru penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Tari Malaysia, Stacy iaitu Khayal sudah menduduki Top 5 di carta iTunes Malaysia.

Stacy, 29, atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, ia satu pencapaian awal dan membanggak­an buat lagu terbarunya.

Sempena pelancaran single itu, Stacy menawarkan peluang memenangi telefon bimbit terbaru Samsung S10 dengan mengstrim lagu Khayal di Spotify.

Tarikh tutup peraduan pada 9 Ogos depan. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Instagram @stacyanam dan @novamusicm­y.

 ??  ?? STAC Y
STAC Y

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia