Harian Metro

AIR MATA SESAL

- Raja Noraina Raja Rahim dan Amran Yahya am@hmetro.com.my

Pesara polis juga imam curi pistol dipenjara 5 tahun

memiliki Revolver .38 SPL 3 Smith & Wesson bernombor siri 335J43 tanpa kebenaran di sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor, jam 11.40 pagi pada 27 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki tujuh butir peluru Winchester 38 Special, sebutir peluru 38 SPL dan sebutir peluru 38 SME tanpa kebenaran di lokasi, tarikh dan masa sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Sulaiman didakwa mencuri pistol berkenaan dan 30 peluru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kaunter stor Cawangan Persenjata­an Balai Polis Kuala Pilah, jam 10 malam pada 27 Disember 2007.

Tertuduh berdepan penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam, Che Muji Che Noh.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, hujahan pihak pendakwaan dan rayuan peguam bela, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan pertama dan masing-masing penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Semua hukuman berkenaan diarah berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Sulaiman di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Sulaiman di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia