Harian Metro

Penguat kuasa direman tiga hari

-

Penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jasin direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, untuk membantu siasatan membabitka­n kes meminta dan menerima suapan.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret, Lee Kim Keat terhadap lelaki berusia 31 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen

17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tempoh reman bermula semalam hingga Ahad ini.

Terdahulu, suspek yang diiringi pegawai SPRM tiba jam 9.45 pagi sebelum meninggalk­an pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, sejam kemudian.

Pesara polis yang juga imam menitiskan air mata selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan mencuri pistol, memiliki senjata itu dan peluru tanpa kebenaran.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Sulaiman Abdul Rahman, 63, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia