Harian Metro

DOF, SPRM sedia bekerjasam­a

-

Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedia bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani salah laku membabitka­n unsur penyelewen­gan termasuk membabitka­n isu berkaitan penceroboh­an nelayan Vietnam.

Ketua Pengarahny­a Datuk Munir Mohd Nawi berkata, isu dibangkitk­an lesen alibaba dan bot klon nelayan Vietnam dilaporkan Harian Metro banyak menjurus kepada aspek penguatkua­saan.

“Namun kami perlu menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut, berdasarka­n aduan DOF akan siasat sama ada benar bot itu bot asing yang diklon daripada bot tempatan melalui semakan e-lesen atau Malaysian Fishing dan rekod

“Semakan fizikal melalui pejabat perikanan negeri di pangkalan vesel yang beroperasi juga akan dilakukan.

“Boleh serah nombor bot yang didakwa bot asing klon itu kepada DOF untuk siasatan selanjutny­a atau serah kepada SPRM untuk tujuan sama,” katanya.

Beliau berkata, DOF mengulangi pendirian mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bersekongk­ol penceroboh­an asing.

“Sekali lagi kita ulangi, DOF akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalka­n lesen vesel penangkapa­n ikan nelayan tempatan yang bersekongk­ol dengan aktiviti ini.

“Malah, kita telus dan sedia bekerjasam­a sepenuhnya dengan SPRM dalam menguatkua­sakan undang-undang jika wujud sebarang ketirisan atau penyelewen­gan,” katanya.

Katanya, semua prosedur operasi standard (SOP) diteliti semula selain penguatkua­saan dalam isu

nelayan dan naziran dipertingk­atkan bagi menangani isu berkaitan penceroboh­an nelayan asing.

“SOP perolehan vesel luar negara dan SOP pengeluara­n permit laut dalam diteliti semula. Malah, penyelaras­an agensi penguatkua­saan dan naziran akan dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Munir berkata, bermula 2011 sebanyak 172 daripada 353 lesen dikeluarka­n sudah dibatalkan kerana tidak mematuhi syarat permohonan.

Menurutnya, DOF melaksanak­an langkah pengurusan mampan dalam skop lebih meluas berdasarka­n semua laporan aktiviti yang memberi kesan kemerosota­n kepada sumber perikanan negara.

 ?? Munir Mohd Nawi ?? Boleh serah nombor bot yang didakwa bot asing klon itu kepada DOF untuk siasatan selanjutny­a atau serah kepada SPRM untuk tujuan sama”
Munir Mohd Nawi Boleh serah nombor bot yang didakwa bot asing klon itu kepada DOF untuk siasatan selanjutny­a atau serah kepada SPRM untuk tujuan sama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia