Harian Metro

Padah simpan Lang Berjambul

-

Kulai: Simpan secara haram burung Lang Berjambul dan Landak Raya di belakang rumah. Itu tindakan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang diambil tindakan oleh Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, hasil maklumat awam diterima, sepasukan anggota penguat kuasa menjalanka­n serbuan di rumah lelaki itu terletak di Jementah, Segamat, pada jam 1 tengah hari kelmarin.

“Pemeriksaa­n menemui seekor burung Lang Berjambul dan lapan ekor Landak Raya disimpan di belakang rumah lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen kelulusan daripada Jabatan Perhilitan dikeluarka­n kepada pemilik rumah itu untuk menyimpan semua hidupan liar.

Katanya, suspek sudah ditahan untuk diambil rakaman percakapan.

“Burung Lang Berjambul yang dirampas ini adalah spesies dilindungi. Kami percaya ia boleh dijual dengan harga RM500 hingga RM1,000 seekor berdasarka­n saiz dan jenis.

“Manakala bagi landak raya pula, ia adalah spesies berlesen, ia boleh dibiak dan dijual mengikut peraturan ditetapkan, kebiasaann­ya ada had umur yang kita tetapkan,” katanya.

Beliau berkata, seekor landak dewasa dengan induknya boleh djual dengan harga RM3,500 hingga RM5,000 mengikut pasaran semasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

 ??  ?? BURUNG Lang Berjambul yang disimpan lelaki tempatan.
BURUNG Lang Berjambul yang disimpan lelaki tempatan.
 ??  ?? SEEKOR landak dewasa boleh dijual mencecah RM5,000 mengikut pasaran semasa.
SEEKOR landak dewasa boleh dijual mencecah RM5,000 mengikut pasaran semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia