Harian Metro

TUKAR PENGAKUAN

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Dua beranak mengaku tak salah 11 pertuduhan terima

deposit lebih RM44,000

Dua beranak yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan menerima detuduhan

posit berjumlah lebih RM44,000 menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh Roslina Abu Bakar, 55, dan anak perempuann­ya, Ros Zunnurain Mohd Razif, 30, menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas semua perdibacak­an semula di depan Hakim, Diana Md Razali.

Mahkamah pada 27 Jun lalu menetapkan semalam untuk keputusan kes dan hukuman terhadap mereka, namun kedua-duanya memilih untuk menukar pengakuan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama menerima deposit daripada 11 individu berbeza membabitka­n jumlah keseluruha­n RM44,000 tanpa lesen sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 (Akta 758) antara Januari hingga Mac 2017.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 137(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohamad Azri manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 September dan 23 hingga 26 September depan untuk perbicaraa­n kes.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Lam di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Lam di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
 ??  ?? NATRAH diiringi anggota polis di pekarangan mahkamah, semalam.
NATRAH diiringi anggota polis di pekarangan mahkamah, semalam.
 ??  ?? ROSLINA merakam gambar jurufoto yang mengambil fotonya.
ROSLINA merakam gambar jurufoto yang mengambil fotonya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia