Harian Metro

Suri rumah dituduh keluar wang tanpa kebenaran di ATM

-

Kangar: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan capaian tanpa kuasa dengan menggunaka­n kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dua individu antara Mac hingga Jun lalu

Tertuduh, Natrah Sabu, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aininul Shahrin Kan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga bagi setiap individu, Natrah didakwa melakukan capaian tanpa kuasa dengan mengeluark­an wang milik Ismadi Isa, 43 dan Bedah Jusoh, 80, dengan nilai keseluruha­n berjumlah RM6,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di mesin ATM Bank Rakyat cawangan Kangar antara 16 Mac hingga 2 Jun, antara jam 10.27 pagi hingga 7.04 malam

Natrah berdepan tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara selama tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia