Harian Metro

Mohon selesai luar mahkamah

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu Yayasan Tun Rahah mahu menyelesai­kan pertikaian berhubung permohonan kerajaan melucutkan hak harta yang dirampas berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di luar mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim memberitah­u mahkamah Yayasan Tun Rahah menghantar surat berhubung perkara itu pada 9 Julai lalu.

“Yayasan Tun Rahah ada membuat tawaran penyelesai­an kepada kami.

“Kami akan merujuk surat itu kepada Pengarah Bahagian Perundanga­n dan Pendakwaan, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Peguam Amin Othman yang mewakili Yayasan Tun Rahah mengesahka­n perkara itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula.

Terdahulu, mahkamah membenarka­n permohonan Pendakwa Raya mewartakan notis kepada pihak ketiga berkepenti­ngan terhadap harta yang disita iaitu Badan Perhubunga­n UMNO Kedah, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, Sarawak United People’s Party dan Habib Jewels Sdn Bhd.

Proses pewartaan notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 56(1) dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia