Harian Metro

Tahan azab kaki tersepit

-

Jitra: Lelaki menanggung kesakitan apabila kakinya tersepit selepas lori membawa muatan tanah dikendalik­an terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori lain di Kampung Padang Panjang, Jalan Bukit Wang di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 11.30 pagi, mangsa, Saiful Alif Abdul Aziz, 25, memandu lori seberat lapan tan bertembung dengan sebuah lagi lori membawa muatan sama seberat 2.5 tan yang datang dari arah bertentang­an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 11.35 pagi.

Beliau berkata, anggota operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 11.47 pagi. “Setibanya di lokasi didapati dua buah lori berkenaan terbabit dalam kemalangan dengan seorang lelaki tersepit di tempat duduk bahagian pemandu. Pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang cedera.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia