Harian Metro

SUHU PANAS CABARAN TERBESAR

-

Makkah

Kesihatan yang baik adalah komponen terpenting kepada semua jemaah haji dalam menjalani ibadah umrah dan haji sepanjang 45 hari berada di Tanah Suci.

Namun, jika kesihatan ini diabaikan atau diambil mudah, ia pasti memberi kesan ke atas ibadah yang dilakukan.

Keadaan cuaca yang panas hingga mencecah suhu maksimum 43 darjah

Celsius adalah cabaran terbesar jemaah pada masa ini.

Berikutan itu, Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihati semua jemaah menjaga kesihatan sepanjang masa dan tidak terdedah kepada terik matahari.

“Sepanjang musim haji ini dan musim akan datang dijangka panas.

“Kita jangka hari Wukuf adalah pada 10 Ogos. Jadi masa masih panjang lagi. Saya nasihatkan banyak minum air dan jangan terdedah kepada panas terik bagi mengelak strok haba,” katanya.

Selain itu, bagi memastikan kesihatan jemaah berada dalam tahap terbaik, pihaknya akan menugaskan lebih ramai pegawai perubatan dalam kalangan kesihatan awam dan keluarga.

Katanya, setakat ini ada 60 pegawai perubatan bertugas dan 20 daripadany­a adalah doktor kesihatan awam dan keluarga.

“Mereka akan melakukan tugasan pemeriksaa­n dari bilik ke bilik bagi mengesan mana-mana jemaah haji yang mengalami gangguan kesihatan.

“Jemaah yang mengalami masalah kesihatan akan dipantau dan disaring serta diberi rawatan segera,” katanya.

Syed Saleh berkata, pihaknya juga menyediaka­n klinik di Madinah dan Makkah, jadi jemaah boleh memanfaatk­an kemudahan ini sepenuhnya dan ia adalah percuma.

Jemaah haji dinasihat jaga kesihatan sepanjang menjalani ibadat selama 45 hari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia