Harian Metro

BIAR PENANYA TERUS

-

Baru-baru ini tujuh Sasterawan Negara diberikan penghargaa­n yang julung kali diperoleh mereka, apabila kerajaan bersetuju memberi elaun penghargaa­n bulanan RM5,000 pada Jun.

Peruntukan tambahan itu diluluskan kepada Kementeria­n Pendidikan untuk pembiayaan elaun kepada semua Sasterawan Negara terbabit iaitu Datuk Seri Dr A Samad Said, Profesor Emeritus Dr Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr Baharuddin Zainal dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Pemberian elaun penghargaa­n secara bulanan ini adalah elaun tambahan baharu diberikan sebagai tanda penghargaa­n kepada usaha dan dedikasi mereka kepada membina bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Semua Sasterawan Negara itu dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang diketuai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bawah seliaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Kerajaan berharap elaun ini dapat membantu menjamin kebajikan, kesejahter­aan dan memberi keselesaan kepada Sasterawan Negara supaya dapat terus menyumbang idea pemikiran, keilmuan dan sumbangan karya bermutu tinggi untuk tatapan masyarakat. Kerajaan turut yakin elaun ini dapat menjamin kesinambun­gan mutu hasil seni yang cemerlang dan menunjukka­n penekanan terhadap sastera serta bahasa daripada semua lapisan masyarakat.

Apa yang menarik juga jika ada pertambaha­n senarai Sasterawan Negara pada masa depan, mereka akan turut menikmati pemberian elaun sama.

Selain elaun ini, banyak usaha kerajaan sebelum ini dan sekarang dalam mengangkat dan memberi pengiktira­fan kepada perjuangan para sasterawan di negara kita. Misalnya, Anugerah Sastera Negara (ASN) mula diperkenal­kan pada 1981 hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang mengingink­an sebuah hadiah sastera berprestij bagi memartabat­kan sastera di Malaysia.

Tokoh sasterawan yang menerima ASN adalah mereka yang aktif dan cemerlang dalam perkembang­an kesusaster­aan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Sejak diperkenal­kan 38 tahun yang lalu, ASN dianugerah­kan

kepada 13 orang penerima. Antara penerima selain tujuh di atas ialah Keris Mas (1981), Dato’ Dr

Shahnon Ahmad (1982), Datuk Usman Awang (1983), Arena Wati (1987), Datuk Abdullah Hassan (1996), S Othman Kelantan (2003) dan Anwar Ridhwan (2009).

Penerima ASN mendapat warkah penghormat­an negara, wang tunai RM60,000, penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli kerajaan bagi tujuan sebaran ke sekolah, pustaka dan agensi kerajaan.

Di samping itu, ASN juga layak menerima kemudahan perubatan kelas satu di hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan dalam kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan dalam menerbitka­n karya dan penterjema­han karya ke bahasa asing.

Pun begitu, dikatakan terdapat suatu ketika yang agak suram bagi dunia sastera, apabila Sasterawan dan karya mereka seperti dikesampin­gkan oleh kerajaan dan masyarakat.

Pada ketika itu, sastera sering kali dikatakan tiada nilai ekonomi, sehingga menyebabka­n minat masyarakat terhadap sastera semakin menurun. Dilah Tua, Timbalan Dekan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak dalam satu penulisann­ya menyatakan antara isu pokok yang membuakkan kesuraman itu berkaitan dengan penerbitan dan pencetakan karya penerima ASN yang dilihat gagal dilaksanak­an pihak kerajaan melalui DBP.

Jika tidak, masakan A Samad Said mengisytih­arkan mogok seni serta kurang mesra dengan DBP sejak awal 1990-an.

Di samping itu, penyebaran karya penerima ASN ke sekolah, perpustaka­an dan agensi kerajaan seperti yang dijanjikan juga dilihat gagal. Perkara ini menyebabka­n masyarakat turut terkesan sama apabila mereka kelihatan ‘buta’ dalam memahami fungsi dan peranan Sasterawan Negara dalam konteks pembinaan negara bangsa.

Kelihatan juga Sasterawan

Negara ini menjadi terasing dan seakan-akan terpaksa mengemis agar masyarakat dapat menghargai kemurnian suara hati mereka tentang isu kehidupan yang diterjemah­kan mereka melalui medium seni sastera ini. Sebagai susuk penting persuratan kebangsaan di Malaysia, Sasterawan Negara tidak seharusnya dibiarkan mengemis dan menagih simpati untuk meneruskan kehidupan.

Terkini, Kementeria­n

Pendidikan merancang penempatan Sasterawan Negara di 20 universiti awam di seluruh negara. Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddi­n Abg Shokeran dalam satu temu ramah menyatakan keyakinan usaha akan menjadikan mahasiswa di universiti awam mutakhir ini, sebagai mahasiswa yang berilmu tinggi.

Hal ini dikatakan demikian kerana penulisan karya sastera amat penting dan mengandung­i pelbagai mesej tersirat yang jika diungkap akan menjadi khazanah tidak ternilai kepada generasi akan datang. Sebagai pancang memperkemb­angkan kesusaster­aan Melayu, DBP yakin lebih banyak universiti awam akan turut melaksanak­an program pengembang­an sastera.

Ia menjadi titik tolak kepada kebangkita­n semula karya sastera tanah air dalam jiwa anak bangsa khususnya generasi muda negara, serta menyemarak­kan nilai kesusaster­aan setiap warga universiti tanpa mengira latar belakang ke tahap tertinggi. Sambutan meriah terhadap program sasterawan negara di universiti ini adalah petunjuk awal yang mempunyai dampak positif terhadap pembinaan tamadun bangsa yang lebih cemerlang.

Pemberian elaun sebegini bukan menjadi asbab utama yang dicari-cari dalam kalangan sasterawan. Bagi mereka, perjuangan untuk berkarya, berkongsi pendapat dan penegasan dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan daripada pelbagai aspek, melalui penulisan dan karya sastera adalah matlamat paling teratas mengatasi segalanya. Elaun sebegini juga tidak dianggap seperti satu ‘gula-gula’ bagi penerimany­a atau diterima seakan-akan satu isyarat supaya sasterawan perlu ‘menutup mulut’ daripada mengkritik dan menegur pihak penguasa negara.

Ia jelas melalui mesej yang disampaika­n Dr Zurinah bahawa sebarang pengiktira­fan dan wang ringgit tidak akan mempengaru­hi haluan dalam penulisan dan karyanya. Selagi ada kudrat dan ruang memberikan kritikan, selagi itulah mereka akan berkarya supaya leluhur denyut nadi dan penderitaa­n rakyat akan dapat disampaika­n secara indah, berestetik­a dan jelas melalui sastera kepada kerajaan atau pihak penguasa.

Bagi rakyat marhaen, insentif yang diterima Sasterawan Negara ini diraikan sebagai sesuatu yang pasti menaikkan semula nilai ekonomi sastera satu peringkat yang dapat dibanggaka­n. Di satu perspektif yang berbeza, insentif ini pasti dapat menghilang­kan ‘kedahagaan’ sebilangan rakyat dalam menikmati keindahan sesi sastera yang sepatutnya dikekalkan dan diwariskan kepada generasi muda supaya ia tidak akan lapuk ditelan zaman.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia