Harian Metro

Harus bercakap ketika dengar khutbah

-

dapat tidak dia terpaksa membuka auratnya di hadapan orang ramai yang diharamkan melihat auratnya ketika bersuci atau beristinja­k.

Pada ketika itu, dia diharuskan membuka auratnya dan diwajibkan ke atas orang lain yang melihatnya supaya memejamkan mata.

Tetapi, sekiranya dengan membuka auratnya di hadapan orang ramai akan menimbulka­n lebih banyak keburukan dan kepayahan terhadap dirinya, maka pada ketika itu dia diuzurkan daripada menunaikan solat Jumaat.

2. Seseorang yang mengambil alih tugas sebagai imam Jumaat kerana imam itu batal solatnya, adakah mesti dia berniat sebagai imam atau tidak perlu?

Sekiranya orang yang mengambil alih tugas imam itu sempat bersama imamnya satu rakaat (sebelum imam itu batal solatnya), maka tidak perlu lagi dia berniat sebagai imam.

Namun, sekiranya dia belum dapat satu rakaat bersama imam yang batal itu, maka wajib ke atasnya berniat sebagai imam kerana niat sebagai imam wajib ke atas orang yang menjadi imam solat Jumaat.

3. Ada pendapat menyatakan, haram hukumnya bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah sedangkan mengikut pendapat yang dahulu hanya mengatakan, ketika khatib sedang membaca khutbah, disunatkan supaya diam dan tidak haram berkata-kata.

Bagaimana jika katakata itu ada kaitan dengan sesuatu yang perlu dia beritahu, adakah dikira haram ke atas orang itu berkata-kata atau tidak?

Sekiranya kata-kata itu adalah perkataan yang ada hubung kait dengan sesuatu yang berlaku memerlukan dia berkatakat­a, maka disunatkan dia berbuat demikian.

Contohnya, menegur orang buta yang hampir terjatuh ke dalam telaga, menegur seseorang yang hampir disengat kala jengking untuk menyedarka­nnya, menegur orang yang melakukan kesilapan atau menegah sesuatu kemungkara­n.

Maka, pada ketika itu, tidak haram dia berkatakat­a, bahkan kadangkala menjadi wajib ke atasnya.

Namun, sekiranya memadai dengan hanya memberi isyarat sahaja, maka disunatkan supaya dia memberi isyarat sahaja tanpa dia perlu berkata-kata.

Sumber: Furu al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia